GOMBAK, 18 Feb – Sejarah kini terukir apabila 3 anugerah telah dirangkul oleh PEMBINA Gombak dan juga PEMBINA UIAM semasa Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-6 Persatuan Belia Islam Nasional (MATK6 PEMBINA).
Tiga daripada enam Anugerah PEMBINA@MATK6 yang telah dimenangi adalah ; Anugerah Tanzim Terbaik- PEMBINA IIUM CHAPTER, Anugerah Tokoh Mahasiswi- Masita Abu Bakar, dan juga Anugerah Tokoh Belia –Suria Affendi Amirrudin.
Dewan Eksperimen, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak telah dipilih untuk menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Agung Tahunan PEMBINA pada kali ini.
MATK6 dihadiri oleh wakil-wakil PEMBINA dari seluruh negara termasuk wakil daripada Zon Borneo (Sarawak,Sabah), Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor) dan juga Zon Utara (Perlis, Pulau Pinang, Perak).
Majlis bermula pada jam 9 pagi. Antara tentatif program sepanjang majlis ini ialah ucapan perasmian oleh Tuan haji Mohd Yusof Din, Pengarah Institut Wasatiyyah, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Ucapan Dasar Presiden PEMBINA; saudara Ibrahim Mohd Hasan, Perbahasan Ucapan Dasar Presiden, Sesi Penyampaian Cenderamata & Anugerah dan juga Persidangan Mesyuarat. MATK6 berakhir dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Rabithah dan juga sesi penggambaran pada jam 6 setengah petang.