Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan PEMBINA kali ke-6, Saudara Farhan Nasri telah dinobatkan sebagai Tokoh Mahasiswa 2012.
Beliau merupakan anak jati Perak Darul Ridzuan dan telah mendapatkan pendidikan awal di Maktab Tentera Diraja dalam bidang Sains Tulen.
Kini beliau masih menuntut di Universiti Multimedia (MMU) Kampus Melaka tahun ketiga dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perdagangan Antarabangsa).
Beliau bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi beliau juga turut aktif dalam bidang sukan ragbi dan persatuan di kampus.
Beliau merupakan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (AMPP) bagi MMU Kampus Melaka. Selain itu, penglibatan beliau di persada antarabangsa juga tidak dapat dinafikan. Saudara Farhan Nasri pernah terlibat dalam program Malaysia-Korea Youth Exchange Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
Beliau berkesempatan menyertai Misi Solidariti Gaza pada tahun 2012 bersama Aman Palestin sebagai sukarelawan.