Bangi- Saudari Aishah Abdullah Zaik, aktivis PEMBINA yang kini sedang menuntut di Kolej KKTM di Beranang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidurrasul JAD – Anugerah Maulidurasul peringkat JAD.
Anugerah ini adalah julung-julung kali diadakan dan beliau telah menerima anugerah ini melalui pemilihan yang dibuat berdasarkan undian dan percalonan oleh pelajar-pelajar dan para guru.
Untuk makluman JAD (JAPANESE ASSOCIATE DEGREE) merupakan Program Persediaan Jepun oleh Yayasan Pelajaran MARA.