Gaza: Era Perjuangan Baru!

Mengimbau kembali ketika dunia disibukkan dengan Piala Dunia 2014, Yahudi Zionis mengambil kesempatan menyerang bertubi-tubi penduduk di Gaza. Tindakan ini merupakan taktik lama dan buruk Zionis supaya umat dunia leka dengan hiburan sukan dan membiarkan rakyat Palestin terus dihenyak. Zionis lupa bahawa akan ada segolongan orang muslim yang beriman yang sentiasa mengambil berat terhadap muslim yang lain.

Tatkala Zionis terus tenggelam dengan strategi-strategi lama, tentera Islam Gaza terus segar dengan taktik-taktik baru bagi membebaskan tanah Palestin yang telah dirampas Zionis.

Kesepakatan HAMAS dan FATAH mengoyangkan Israel

Hubungan akrab yang berlansung antara HAMAS dan FATAH menjadi mimpi buruk buat Zionis apabila sudah hilang sekutunya iaitu FATAH. HAMAS yang mendapat sokongan rakyat Gaza berjaya meletakkan prinsip supaya mereka akan membebaskan tanah Palestin 1948, yang akhirnya mendesak FATAH akur dengan prinsip tersebut.

Perkembangan terbaru ini dilihat bakal menjatuhkan lagi imej Israel dan menutup ruang Zionis mengambil kesempatan kepada penduduk Gaza.

Gaza Bangkit Dari Tangisan

Semangat jihad yang ditunjukkan oleh penduduk Gaza hari ini lebih mara berbanding tahun-tahun sebelumnya. Setelah memperoleh kemenangan dalam perang Hijaratul Sijjil pada tahun 2012, penduduk Gaza kini bersedia berhadapan Zionis untuk mendapatkan kemenangan kedua mereka.

Tiada lagi jalan keluar bagi mereka yang rindukan perjuangan, samada menang dalam peperangan ataupun syahid di medan perang.

Muhammad Uzair Izzat,
Naib Presiden 1 PEMBINA Pusat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top