Universiti, Alma dan Gaza

“Busyra, belajarlah bersungguh-sungguh di sini, university adalah lubuk ilmu kehidupan yang perlu kita terokai dan jauhilah dirimu dari maksiat, kerana ilmu itu cahaya, cahaya tidak akan dapat masuk dalam hati yang gelap”

Sekeping nota terselit di dalam al-Quran mini yang dihadiahkan oleh umi dan walidnya. Busyra memeluknya, kemas dan berdoa “Ya Allah, ku tahu university inilah yang terbaik untukku, permudahkanlah langkahku”.

Busyra merenung kosong dalam bilik baru yang bakal didiami ini, sesuai untuk seorang pelajar, dilengkapi dengan meja belajar, lampu meja, kerusi dan rak buku. Tapi hatinya tetap bersedih kerana memikirkan dia akan berjauhan dengan keluarga, tidak dapat menonton movie kegemarannya lagi dan tidak dapat bermain CandyCrush sesuka hatinya lagi.

Tiba-tiba pintu bilik yang bakal didiaminya itu dikuak oleh seorang gadis berabaya serba hitam menarik masuk sebuah bagasi. Hanya seorang diri. Tiada ahli keluarga yang mengiringinya.

“Assalamualaikum…hai, saya Alma, dari Gaza”.

Waalaikummusalam, saya Busyra, Malaysia, gembira dapat sebilik dengan kamu”

Perasaan sedih Busyra tadi 100% bertukar gembira kerana dapat teman sebilik dari Gaza. Teruja!

Alhamdulillah..,gembira juga. Moga kita cemerlang di sini

Busyra mengangguk senyum.

**************************************************************************

Alma, kamu dah check result exam? Alhamdulillah.kita dapat dean”s list”.

Busyra menghantar whatsapp kepada Alma.

Alma membalas.

Busyra, aku perlu pulang ke Gaza segera, Zionis telah menyerang kampungku, keluargaku kini diancam, maaf, aku tak sempat berjumpa kamu, aku perlu pulang segera. Salam

Moga selamat dalam perjalanan wahai sahabatku

Jantung Busyra berdegup kencang setelah membaca mesej Alma. Bimbang.

Terimbau kisah persahabatannya dengan Alma sepanjang 6 bulan ini. Alma memang seorang yang kuat. Seorang hafizah, yang menghabiskan masa lapangnya dengan membaca Al-Quran dan buku-buku ilmiah, tidak pernah meninggalkan solat malam. Alma sangat tekun dalam pelajaran, katanya peluang belajar adalah sesuatu yang amat berharga. Di Gaza, dia tidak dapat belajar dengan aman seperti di Malaysia, ada yang kena tembak ketika ke kuliah dan sebagainya. Tak sanggup untuk Busyra dengar tekanan yang diberikan oleh pihak Zionis kepada rakyat Gaza yang ingin menuntut ilmu.

Kadang-kadang bila mereka stress dengan study, Alma mengajak Busyra beriadhah atau bersiar-siar di pesisir pantai.

Syukur di Malaysia, pantainya damai, jika di Gaza, anak-anak juga suka bermain pantai, tapi kadang-kadang ada yang kena tembak oleh Zionis laknatullah

Sungguh, berbeza suasananya di Malaysia, pesisir pantai dipenuhi dengan anak-anak muda berdua-duaan dalam cinta terlarang!

***************************************************

Sudah seminggu Alma di Gaza, tiada khabar yang dikirimkan olehnya. Busyra mengenangi betapa indahnya bersahabat dengan Alma yang mengajar dia cemerlang demi Islam dan sentiasa ingin dekat dengan Allah.

Tiba-tiba satu pesanan masuk dalam Whatsappnya:

Salam sahabatku Busyra.

Maaf tak dapat reply mesejmu yg lepas. Keadaan kampungku kini semakin teruk. Zionis laknatullah telah hancurkan rumah-rumah kami. Adik-adikku tak dapat ke sekolah lagi, mereka ketakutan, anak jiranku syahid dibom dalam perjalanannya ke sekolah.

Apa yang memilukan hatiku Busyra, sepupuku diperkosa beramai-ramai oleh Zionis laknatullah sebelum dia disembelih hidup-hidup. Yang lebih memilukan hatiku, mereka meletakkan mikrofon masjid di mulut sepupuku. Satu kampung ini mendengar penderitaan yang dialami oleh sepupuku. Moga sepupuku di dalam taman syurga sekarang….”

Allahuakbar! Sejuk tangan Busyra memegang handsetnya itu.

Satu pesanan masuk lagi di Whatsappnya:

Busyra.. aku baru menerima berita ayahku dan adik lelakiku baru syahid ditembak. Busyra, doakanku untuk dapat syahid juga, kami golongan pemudi di sini akan terus berjuang untuk selamatkan Al-Aqsa.”

Busyra membalas, “Moga dipermudahkan urusan sahabatku. Bila kita akan bertemu kembali?”

In shaa Allah, jika bukan di dunia, kita jumpa di syurga nanti sahabatku. Kau teruskan perjuangan dalam ilmu dan kembalikan cinta kepada Islam di dalam hati pemuda di sana. Wasalam

Basah pipi Busyra membaca pesanan dari sahabatnya itu.

In shaa Allah, kita berjumpa di syurga wahai sahabatku”, bisik Busyra.

********************************************************************

“Dum!!!”

Tiba-tiba, belakang Busyra terasa sakit. Dia membuka mata, mendapati dirinya terjatuh katil.

Busyra… dah bangun? Bunyi apa tadi? Jom solat subuh. Umi dan walid tunggu kat luar ya. Hari ini kan Busyra nak daftar masuk university..”

Busyra senyum terpinga-pinga kepada uminya. Aduh malunya kalau umi tahu aku jatuh katil. Mimpi rupanya! Dia dapat merasakan ada air tersisa di kelopak matanya.

“In shaa Allah aku akan belajar bersungguh-sungguh demi naikkan nama Islam! “, tekad Busyra semakin membara.

“Alma.. Gaza..”, Busyra bingkas bangun menuju ke tandas.

Karya: Halimaton Solehah binti Mohamed

Ketua Beliawanis PEMBINA Kuala Terengganu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top