Futsal: Erat Hubungan PEMBINA dan IPT

kbaz Bandar Baru Bangi, 25 Julai 2009 – Satu program yang diberi nama “Tautan Hati” telah berlangsung di Megah Futsal, Bandar Baru Bangi baru-baru ini. Program yang dikendalikan oleh PEMBINA DHL tersebut telah berjaya mengumpulkan 30 orang mahasiswa dari MIAT, UPM dan UNITEN dimana melibatkan sukarelwan-sukarelawan PEMBINA dan mahasiswa yang baru berdaftar di IPT masing-masing. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan sukaralewan dengan mahasiswa dari IPT yang berbeza disamping memperkenalkan PEMBINA sebagai platform yang mebudayakan aktiviti berpersatuan dikalangan mahasiswa.

Program yang berbentuk riadah Futsal tersebut telah mendapat sambutan yang baik dikalangan peserta dimana 6 kumpulan telah dibentuk untuk bertanding selama 7 minit bagi setiap perlawanan. Walaupun kumpulan tersebut terdiri daripada peserta IPT yang berbeza, semangat berpasukan dan ikatan ukhuwah sesama mereka jelas terpancar dalam masa yang singkat. Ini kerana, sebelum perlawanan tersebut diadakan, pihak penganjur telah mengadakan sesi taaruf ringkas dikalangan peserta sebelum dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Kesinambungan daripada sesi perkenalan itu juga telah memberi peluang kepada peserta-peserta untuk berkongsi pengalaman tentang kehidupan di kampus masing-masing kepada adik-adik yang baru menempuh alam mahasiswa serta bertukar-tukar pendapat tentang budaya dan peranan mahasiswa di kampus masing-masing. Alhamdulillah, setelah sejam perlwanan tersebut berlangsung, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kesemua peserta berharap perlwanan seperti ini diadakan lagi pada masa hadapan. Dikesempatan ini juga, pihak penganjur ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga sesi perkenalan dan semangat berpasukan ini akan menjadi satu kekuatan kepada belia khusunya untuk memimpin masyarakat kelak. InsyaAllah..

Mohd Syakir bin Ibrahim

KP PEMBINA-MIAT

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top