Ketua Biro Program PEMBINA DHL: ACL Reconstruction

ACL

Pada 28 Jun yang lalu, saya ada menerima sepucuk e-mel yang datang bersama pesanan berbunyi:

p.s: Buat pengetahuan semua, tadi Shakur mengalami sedikit (sebenarnya tak sikit dan sakit juga) kecederaan sewaktu beriadhah di UKM. Lutut dia cedera tapi ana tak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Tapi tadi memang tak boleh jalan. Siapa ada berita terbaru berkenaan Shakur? Semoga Allah permudahkan dan sembuhkan.

Alhamdulillah, pagi semalam(14 Julai), kira-kira jam 8.30 hingga lebih kurang jam 10pagi, sahabat kita, saudara Abdul Shakur bin Hj Zamani(Ketua Biro Program PEMBINA DHL) telah selamat menjalani pembedahan yang dipanggil ACL Reconstruction di Hospital Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi. Kini beliau ditempatkan di wad Kasih, tingkat 3, hospital berkenaan.

Semoga Allah memberikan kesembuhan yang sempurna akan kecederaan yang beliau alami.

Syafaakallah ya akhi.

[Gambar: Shakur selepas pembedahan (14 Julai 2009)]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top