Pemimpin Masa Hadapan

Kuala Lumpur, 4 Februari – Pimpinan-pimpinan IPT seluruh negara telah berkumpul di dalam sebuah bengkel yang diadakan di Universiti Malaya baru-baru ini. Bengkel yang dinamakan LEADERS’ WORKSHOP ini julung-julung kali diadakan dengan tujuan memberikan latihan kepimpinan dan pengurusan organisasi kepada seramai 80 orang pimpinan cawangan dan mahasiswa yang hadir.

Program dimulakan dengan ceramah dari Ibrahim Mohd Hasan, Presiden PEMBINA yang menyampaikan aspirasi hala tuju PEMBINA kepada para peserta. Turut dijemput sebagai pelatih di dalam program ini adalah saudara Ikram Badarudin; Ust Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia; saudara Muhammad Uzair Izzat Amir Bin Muhammad,JK Politik Kampus PEMBINA serta saudara Iqbal Hakim Abd Razak, JK Latihan dan Kepimpinan PEMBINA merangkap moderator program keseluruhan.

LEADERS

Para peserta dibekalkan dengan latihan mengenai pengurusan mesyuarat, pengurusan krisis dan tekanan dalam organisasi, konsep kepimpinan 360 darjah, mengenali personaliti, konsep idealisme mahasiswa dan sebagainya.

Pihak penganjur berharap agar ilmu dan latihan yang dibekalkan kepada peserta akan diaplikasikan sebaiknya di kampus masing-masing

1 thought on “Pemimpin Masa Hadapan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top