Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Alam maya tidak dapat tidak, telah banyak mempengaruhi cara hidup kita masa kini, terutamanya terhadap golongan generasi X dan generasi Y kita yang pintar IT and dirasakan tidak dapat hidup tanpa perkhidmatan internet di tangan mereka.
Jika dahulu kita biasa dikagumkan dengan kelebihan sistem Friendster atau Circle 99, sekarang sudah ada bermacam-macam sistem โhubungan alam maya’ (social networking websites) yang pada asasnya bertujuan membantu kita kekal berhubung dengan kawan lama yang sudah bertahun-tahun terputus hubungan, juga keluarga dan saudara-mara yang berada jauh di mata. Turut digilai adalah aktiviti blogging atau diari maya (online diary).
Kelebihan-kelebihan yang disediakan termasuk berkongsi gambar, video, menghantar pesanan secara maya (online message), serta permainan-permainan secara maya (online games).
Tujuan tulisan ini ditulis adalah untuk mengajak pembaca merenung sejenak, apakah batasan-batasan yang patut digaris oleh para pengiat alam maya, sejauh mana maklumat peribadi patut dikongsi dan kebaikan/keburukan yang boleh muncul daripada aktiviti ini dan impaknya kepada iman, โamal dan imej seorang muslim.
Kebiasaan Perlakuan Penggiat Alam Maya
Ini adalah kebiasaan yang dilihat dilakukan oleh kebanyakkan penggiat alam maya:
- Berkongsi maklumat diri
- Berkongsi gambar/video
- Bermain permainan maya
- Menulis aktiviti harian/mencurahkan perasaan hati (diari maya)
- Menulis pendapat tntang isu semasa
- Bertukar pendapat/berforum, dll
Tujuan Tidak Menghalalkan Cara
Seperti yang digariskan tadi, antara tujuan-tujuan yang biasa dikemukakan adalah:
- Mencari rakan belajar/kenalan-kenalan yang terputus hubungan
- Mencari kawan baru di alam maya
- Sebagai tempat meluahkan perasaan/melepaskan tekanan (permainan maya, diari maya)
- Bertukar-tukar maklumat
Sebagai Seorang Muslim
Tidak dapat tidak, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah terhadap segala tindak-tanduk kita dengan tatasusila Islam. Ini kerana Islam adalah cara hidup kita, bukan hanya di hati sahaja, tetapi juga di tangan kita, di mata kita, di minda kita, di jari-jemari kita, di pakaian kita, dan juga di alam maya kita.
Saya menyeru agar kita meletakkan visi yang jelas dan terang dalam mengambil peluang terhadap segala kecemerlangan teknologi maya ini untuk:
- Memperluaskan lagi ilmu pengetahuan kita untuk pembangunan manusia:
- ilmu al-quran
- ilmu hadith
- ilmu feqah
- ilmu sejarah
- ilmu teknologi, dll
- Mempamerkan keagungan sejarah islam kita
- Berdiskusi secara sihat tentang:
- isu-isu semasa di tanah air
- masalah-masalah sosial masyarakat islam
- Berkongsi maklumat tentang saudara-saudara kita di Negara-negara Islam lain
- Membuat kutipan dana untuk membantu saudara islam kita, tempatan mahupun di luar Negara
- Mempromosikan aktiviti-aktiviti islami yang diadakan di masjid-masjid, dewan-dewan, padang-padang, sekolah-sekolah dsb.
- Menghasilkan karya-karya yang menyentuh minda dan menyemarakkan iman dan menggalakkan โamal
- Gambar
- Video
- Tulisan
- Ucapan, dsb
- Membentangkan rancangan musuh-musuh dalam menjatuhkan maruah manusia ke lembah kehinaan
- Dll
Anda Adalah Apa yang Anda Lakukan
Semua orang ingin berjaya, semua orang ingin dikenali. Percayalah, hanya di sisi Allah s.w.t lah yang seharusnya kita sasarkan kedudukan kita. Apabila anda telah tetapkan visi dan misi anda berkecimpung dalam aktiviti alam maya, anda akan tahu batasannya, kerena ia sepatutnya bukan tentang anda, tetapi tentang visi dan misi anda. Semoga penglibatan anda di medan maya member impak maksima terhadap iman, โamal dan imej seorang muslim di mata dunia.
Mastura Mohd – AJK Pembina Selangor