Ceramah Kesihatan Beliawanis

Tema ‘Its All About Our Health’ telah digunakan untuk program ceramah yang telah berlangsung pada 17 Februari 2010 di Experimental Hall, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program ini adalah program anjuran PEMBINA Kuala Lumpur dengan kerjasama Safiyyah, Mahallah Representative Council (MRC). Program ini merupakan program kesihatan yang dianjurkan setiap tahun oleh pihak PEMBINA UIA.

Panel jemputan di program itu adalah seorang doktor yang berkaliber iaitu Dr. Sharifah yang kini berkhidmat di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Pada malam itu, beliau telah memberikan sesi penerangan berkaitan kanser payudara kepada beliawanis yang hadir pada malam tersebut. Maklumat yang diperoleh daripada sesi tersebut telah memberikan satu impak positif yang sangat berguna kepada para hadirin. Antara skop perbincangan pada malam tersebut ialah jenis-jenis kanser payudara, cara mengenal pasti kanser payudara , serta kaedah-kaedah untuk mecegah daripada penyakit tersebut.

Program ini telah berjaya mengumpulkan ramai peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UIAM sendiri. Bagi memeriahkan lagi suasana program, fellow mahallah Safiyyah turut berbesar hati untuk hadir bersama pada malam tersebut.

Selain bertujuan menyebarkan ilmu kesihatan yang bermanfaat dan berdakwah di jalan Allah, PEMBINA juga berobjektif untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli dan sukarelawan PEMBINA serta melatih mereka untuk menjadi seorang muslimah yang bermanfaat dan mampu melakukan aktiviti berdakwah ini dengan berbagai-bagai cara yang ada.

Fatin Nadhirah bt. Mohamad Salleh,
AJK PEMBINA UIAM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top