PEMBINA seru amalan politik kampus yang matang

“PEMBINA menyeru kepada kedua-duanya untuk kembali kepada amalan politik kampus yang matang”, kata Ustaz Salman Abdul Rahman, Setiausaha Agung Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Beliau mengulas berhubung agenda pihak Pro Mahasiswa dan Pro Aspirasi yang dilihat sering berbeza pandangan kepada wartawan PEMBINA pagi tadi.

 Beliau mahukan kedua-dua  pihak ini membina hubungan yang harmoni antara pihak pentadbiran dan mahasiswa kerana mereka perlu mencapai matlamat yang sama meninggikan mutu akademik seterusnya mencapai kejayaan.

“Kedua-duanya mugkin berbeza pandangan dalam politik tetapi boleh bekerjasama dalam isu-isu mahasiswa yang menyeluruh bukan sahaja dalam aspek kebaikan tetapi dalam aspek ‘kemenjadian’ mahasiswa itu sendiri supaya mahasiswa di malaysia dipandang tinggi” tegasnya.

Beliau turut menasihati mahasiswa yang terlibat dalam PRK untuk mengamalkan amalan politik yang matang yang meletakkan nilai intelektual yang tinggi temasuk adab-adab selaku orang yang intelek.

“Semangat dalam mahasiswa perlu diteruskan, kita tidak mahu kelesuan dalam mahasiswa semangat yang berkobar ini perlu ada dalam mahasiswa disalurkan pada saluran yang betul yang memenangkan agenda Islam”, kata beliau menutup bicara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top