Berita ini sengaja dilambatkan penyiarannya di laman web ini dengan tujuan untuk terlebih dahulu memastikan hasrat yang dicita-citakan PEMBINA Selangor benar-benar tercapai. Hasrat itu adalah untuk menghidupkan kembali tradisi bola sepak padang rumput secara mingguan setelah bertahun lama cuma bermain futsal atau street soccer. Inisiatif ini di ambil PEMBINA Selangor setelah memikirkan kelebihan bermain bola sepak padang berbanding futsal atau steet soccer, dari aspek hidup bermasyarkat. Bukan dari aspek yang lebih ringan daripada itu.
Gambar ini diambil pada 05-04-2009 di seksyen 7, bersebelahan surau At-Taqwa dan Dewan MBSA. Di situ terdapat sebuah padang yang besar, yang kalau nak jogging boleh cecah 0.5KM atau lebih kalau tak silap saya. Dalam kawasan padang besar tersebut ada 2 padang bola rumput dan 1 padang bola simen. Di tempat inilah kami bermain di mana kalau bilangan pemain yang turun tak cecah 15 orang, kami hanya main di padang simen.
Dalam Islam kehidupan yang sihat semenagnya dituntut lebih-lebih lagi bagi seorang pemuda yang ingin berlumba, memperbaiki keadaaan diri dan masyarakatnya. Ini supaya kelemahan jasmani tidak menjadi halangan baginya dalam merealisasikan cita-cita besar berkenaan. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Orang-orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang-orang mukmin yang lemah”
Gambar ni pulak, diambil pada 03-05-2009 ditempat yang sama. Pada tarikh ini ramai yang turun termasuk “orang-orang lama” yang PEMBINA jemput. Pemain paling muda berumur 8 tahun iaitu anak kepada Pengerusi PEMBINA Selangor… Pemenang pertandingan cipta logo NAZIM tu.
Antara kelebihan bersukan melalui permainan bola sepak padang, para peserta mempunyai masa yang lebih panjang untuk berkenal-kenalan antara satu sama lain. Tanpa sebarang kos sewaan padang mereka juga bebas memilih waktu untuk berhenti. 10 pagi, 11 pagi. 12 tengahari pun boleh. Cuma masa bermula telah ditetapkan oleh ketua program iaitu sejurus jam 8.30 pagi. Bermain di padang rumput juga memberi peluang kepada lebih ramai belia untuk turut serta bersama kami berkejar-kejar bola yang satu. Semua kelebihan ni takde dalam permainan futsal mahupun street soccer.
Ini gambar 17-05-2009. Juga ditempat yang sama. Mula-mula main bola padang simen je Lepas beberapa puluh minit nampak pulak kelibat pemain tambahan.Jadi kami pun berkejar ke padang rumput. Main sebelas sebelah dengan beberapa baki pemain sebagai simpanan. Bersedia je untuk ganti sape-sape yang pancit.
Sengaja Gambar-gambar yang ada saya edit sedemikian rupa untuk menyerlahkan kronologi yang terlakar hasil usaha bersama, para penggerak PEMBINA Selangor. Sebenarnya kualiti gambar asalnya semua sama. Walaupun berita ini dimuatkan di dalam laman web khas PEMBINA Selangor, kami sangat mengalu-alukan sekiranya ada belia disekitar sana yang berminat untuk sertai sukan mingguan ini. Datang saja, berkenalan lalu kita berlumba untuk munyumbat gol. Insya Allah pada awal ogos nanti kami akan menganjurkan Karnival Sukan yang penyertaannya terbuka kepada orang ramai terutama belia. Semoga usaha yang sedikit ini memberi impak yang besar dalam menyatupadukan masyarkat belia di dalam kumpulan pemuda yang baik.
Ni gambar hari Ahad 31-05-2009. Kami memang main bola hari ahad pun.. setiap minggu, mula jam 8.30 pagi. Permainan pada tarikh ni disertai oleh belia daripada lebih banyak tempat seperti Pelajar SAM Hishamuddin Klang, Pelajar UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Perdana, Unisel, Matrikulasi Al-Azhar (STAM Hidayah Ipoh), Maahad Tahzib seksyen 13, SMK Seksyen 13, SMI Hira’ Jeram dan juga belia yang telah bekerja. Haaaa lupa pulak…”orang lama” pun ada jugak join kami. Umur dia 57 tahun tu. Kepada semua yang turun kami ucapkan barakallahu fikum, fi amanillah.
SHARIZAN BIN SUMUUI
Timb. Pengerusi PEMBINA Selangor