Beliawanis & KASBI '09




Alhamdulillah segala pujian hanya layak bagi Allah atas kelancaran KASBI yang julung kali diadakan ini.

Titisan hujan yang bertandang tidak pula memadamkan api semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para peserta. Malah, ia menyaksikan beberapa perlawanan yang masih giat berlangsung di atas gelanggang-gelanggang.

Karnival sukan peringkat nasional yang diadakan kali pertama ini telah membuktikan kemampuan para beliawanis untuk menonjolkan kebolehan masing2 di arena sukan. Di sebalik keayuan dan kesopanan berpakaian, tersingkap kesungguhan dan ketangkasan yang bisa mengejutkan mata yang memandang. Tidak kurang juga yang berani bertarung meskipun tidak pernah memegang bola dan tidak pernah tahu peraturan permainan sebelum ini.

Selain itu, para peserta telah menunjukkan kemampuan berdikari dan tahap kematangan yang tinggi. Tiada rungutan yang didengari apabila pihak penganjur meminta membawa bib netball sendiri, makanan sendiri, transport sendiri dan pakaian seragam sendiri. Syabas untuk semua.

Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para urusetia yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk program ini. Hanya Allah SWT yang dapat mengganjari setiap keringat, masa dan wang ringgit yang dikeluarkan.

Penghargaan juga kepada Giant Hypermarket atas tajaan hamper dan Hospital Az-Zahrah atas sumbangan kewangan dan khidmat pertolongan cemas.

Sekian Terima Kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top