Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Muhammad Al-Amin bin Mohd Asri, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional kerana dianugerahkan sebagai Anugerah Tokoh Siswa Harapan sempena Anugerah Sinar Inspirasi (ASI) anjuran Sekretariat Kelab & Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2013/2014. ASI telah berlangsung pada 14 Disember lalu di Pusat Konvensyen KUIS dengan jayanya. Saudara Al-Amin telah menerima sebuah plak & sehelai sijil pengiktirafan sebagai tokoh siswa harapan.
Aktivis PEMBINA KUIS ini telah terbukti ketokohan beliau dengan penglibatan aktif dalam pelbagai program & aktiviti yang dianjurkan oleh kampus dan di luar kampus. Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (PMFSTM) KUIS, juga merupakan seorang ahli jawatan kuasa Unit Produksi Media ISMA Pusat, Fotografer PEMBINA dan juga Pengarah Seni Kreatif Pembina Production. Kecemerlangan beliau tidak dapat dinafikan terutamanya sewaktu pengajian di Pusat Asasi KUIS, beliau telah mendapat Dean’s List Award pada ketiga-tiga semester dan terus mengekalkan prestasinya di peringkat sarjana muda.
Semoga penganugerahaan ini mampu menjadi perangsang kepada mahasiswa & mahasiswi untuk lebih tekun dan bersungguh-sungguh dalam meraih kejayaan akademik & memberikan sumbangan kepada umat Islam. Semoga ketokohan ini akan menjadi peneraju arus mahasiswa di Malaysia am dan KUIS khususnya untuk menjadi penyumbang kepada pembangunan umat Islam.
Kenali lebih lanjut mengenai penglibatan dan kejayaan Saudara Muhammad Al-Amin di sini.