yusof

Berhubung tindakan polis antrabangsa (interpol) mengeluarkan notis merah iaitu waran tangkap dan senarai orang dikehendaki ke atas Dr Yusuf Al-Qardawi. PEMBINA dengan ini mengeluarkan beberapa pendirian :

1. Dr Yusuf Qardawi penerima anugerah Maal Hijrah di Malaysia menunjukkan sumbangan beliau secara tidak langsung kepada umat Islam di tanah air menerusi pandangan-pandangan fiqh dan fatwa yang kontemporari.

2. Tindakan Interpol menyenarai hitam beliau adalah sebahagian daripada perang antarabangsa terhadap gerakan Ikhwan Muslimin.

Dr Yusuf Qardawi lahir dari Ikhwan Muslimin dan sentiasa menyatakan sokongan peribadi kepada Ikhwan Muslimin terutamanya di Mesir.

3. Pendirian Interpol ini juga lebih teruk daripada pendirian kerajaan Mesir di bawah rejim Hosni Mubarak yang telah membuang beliau dari negara Mesir dan mengharamkannya pulang ke tanah air.

4. PEMBINA menggesa kerajaan Malaysia untuk memainkan peranan bagi meredakan perkara ini dengan menjadikan faktor-faktor pemilihan Dr Yusuf Qardawi sebagai penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah negara iaitu pandangan belia yang sederhana dan tidak ekstrim sebagai hujah.

Ustaz Salman Abdul Rahman
JKP PEMBINA
Jabatan Komunikasi Strategik

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top