Antara perkara yang wajib dihadami oleh para pendakwah di Malaysia dalam mendepani agenda liberalisme adalah kepelbagaian cara dan kaedah pendokong liberalisme ini mula menyerap masuk dalam pemikiran pelbagai lapisan masyarakat hatta golongan cerdik pandai sekalipun.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr. Henri Solahuddin, MIRKH (peneliti INSISTS dan MIUMI) semasa membentangkan kertas kerjanya dalam Seminar Liberalisme: Dimensi & Mekanisma, Dr. Henri yang berasal daripada Indonesia telah memberi beberapa contoh realiti usaha liberalisme yang telah dan sedang merosakkan masyarakat Indonesia.
- Beliau menyebut institusi-institusi pendidikan tinggi di Indonesia telah lama dikuasai dan diresapi roh pendokong liberalisme hingga ia begitu mudah untuk dijalankan tanpa atau secara sedar di universiti-universiti di Indonesia.
- Subjek Pengajian Islam yang diajar kepada Mahasiswa termasuklah tentang bagaimana cara mentafsir kalam suci al Quran menggunakan cara pentafsiran dan pembacaan Kitab Injil.
- Malah Ketua Dekan Fakulti Pengajian Islam di sebuah Universiti (yang tidak disebutkan namanya) telah menzahirkan pandangan cenderung liberalisnya dengan mengandaikan bahawa Thomas Edison pasti akan masuk Syurga hanya kerana telah mencipta lampu untuk kegunaan orang ramai.
- Masyarakat juga mula didoktrinkan dengan pemahaman bahawa Rukun Islam yang wajib diimani hanya 2 perkara iaitu percayaan kepada Allah SWT dan percaya kepada Hari Akhirat. Perkara yang lain adalah tidak termasuk dalam rukun Islam.
- Penganut agama Kristian adalah dibenarkan menikahi orang Islam tanpa syarat dan orang Islam boleh menikahi Orang Kristian atas dasar kebebasan.
- Ada dalam kalangan liberalis Indonesia yang percaya bahawa Al Quran adalah benar kata-kata (qalam) Allah swt namun ia tidak langsung dapat memberi manfaat kepada pembacanya.
- Allah SWT adalah athies, jadi seorang manusia yang atheis (tidak mempunyai kepercayaan agama) adalah wajar dibenarkan.
- Pada pendapat mereka, tiadalah dalil yang kuat untuk dihujahkan melarang perkahwinan sejenis (sama jantina), hanya orang yang berfikiran primitif yang menganggap perkahwinan sejenis berbahaya.
- Ayat di dalam Al Quran sendiri terdapat kontradik (percanggahan).
- Al Quran sebenarnya diturunkan sebagai perangkap kepada bangsa Quraisy, ia hanya relevan pada zaman tersebut, tidak pada zaman sekarang.
- Allah swt hanya menilai taqwa seseorang, tidak menilai orientasi seksual. Jadi hubungan sejenis dibolehkan.
- Kemungkinan semua agama boleh dianggap sebagai agama Islam, jadi tiadalah salah untuk umat Islam masuk dan menyanyi di dalam gereja. Ia adalah satu bentuk toleransi antara agama.
- Di Indonesia juga, persahabatan antara golongan Syiah dan golongan pendokong liberal dianggap satu bentuk kerjasama yang baik dalam usaha menyokong program-program yang dianjurkan golongan Liberalis, sebagai balasan mereka pula membantu Jemaah Mustafa (Syiah) daripada Iran membuka cabang mereka di Indonesia.
Semasa perkongsian pengalaman Indonesia menghadapi golongan Liberalis di sana, ternyata ramai dalam kalangan peserta terutamanya cendiakawan dan ahli akademik daripada timur tengah terkejut, rata-rata mereka tidak langsung menyangka penyelewengan golongan liberalis sampai ke tahap yang sangat kritikal.
Dr Henri Solahuddin mengingatkan negara-negara Islam yang hadir agar mengambil sirius ancaman liberalisme di negara masing-masing sebelum ia merosakkan masyarakat seperti yang telah berlaku di Indonesia. “Ambilah pengajaran bahaya liberalisme di negeri kami, sebelum ianya menjadi semakin sukar,” katanya.
Dalam sesi soal jawab pula, Dr Anis Malik Toha (Rektor Universitas Islam Sultan Agung -UNISSULA- Semarang) daripada Indonesia juga berkongsi pendapat yang sama, malah beliau memandang matlamat Liberalisme di Indonesia boleh dikatakan sudah sampai ke peringkat menjadikan mendokong golongan ini sebagai Athies.
Di Malaysia, sesuatu yang perlu malah wajib difikirkan adalah bagaimana kesungguhan para pendakwah dan pemerintah mengambil tanggungjawab menjaga agama dan mencegah golongan liberalis dari menyelewengnya.
Kita bukanlah bersikap samberono dalam menuduh malah bukan juga ingin menakut-nakutkan masyarakat tetapi hakikatnya sangat jelas dihadapan mata sendiri.
Terdapat gerakan tersusun NGO-NGO dan individu-individu yang cenderung pemikiran liberalnya mula menzahirkan pandangan bercanggah daripada Agama Islam. Walaupun kita tiada Jaringan Islam Liberal secara fizikal di Malaysia (seperti di Indonesia), tetapi jelas, ideologinya telah dibawa dengan bangga oleh IRF, SIS dan tokoh2 politik tanah air seperti yang dibentangkan di dalam Seminar Liberalisme ini. Hanya kita hendak mengakui atau pun tidak?
Muhammad Aidil Idham bin Sharom.
Unit Kajian dan Informasi PEMBINA
Pengerusi PEMBINA CAW Ipoh.
20 Disember 2014
Seminar Liberalisme ISMA dan AL BAYAN.