Raikan seorang khalifah

Raja Louis XVI telah dibunuh oleh pemberontak dlm Revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1795. Bahkan isteri dan seluruh ahli keluarganya telah dipancung dengan menggunakan gilotin. Hanya anak kecilnya, Louis XVII sahaja yang dibiarkan hidup.

Pada awalnya, anak yang masih kecil ini turut ingin dibunuh tetapi tindakan itu dirasakan terlalu kejam. Pemberontak khuatiri rakyat menilainya sebagai sesuatu yang sangat zalim dan tidak berperikamnusian.

Namun begitu, pemberontak masih bimbang kalau-kalau Louis XVII ini akan membesar dan kemudiannya menimbulkan ancaman kepada mereka kemudian hari. Mereka takut anak raja ini bercita-cita untuk meneruskan semula pemerintahan beraja di Perancis.

Untuk menghalang perkara itu berlaku, mereka mernacang suatu konspirasi bagi merosakkan anak itu dengan pelbagai keburukan.

Mereka telah mengasingkn anak raja itu di satu tempat yang jauh daripada rakyat. Di sana Louis kecil dilambakkan dengan cara hidup yang merosakkan dan mematikan pertumbuhan akal, jiwa, perasaan bahkn fizikalnya.

Sejak kecil lagi anak raja ini didedahkan kepada arak, makanan yang enak-enak secara berlebihan, hiburan melampau, wanita-wanita cantik dan sebagainya.

Pemberontak yakin putera ini akan membesar nanti mjadi seorang yang kaki botol, obesiti dan gila perempuan. Dengan itu, dia tidak akan bercita-cita lagi untuk menjadi raja.

Namun setelah beberapa tahun, pemberontak melawat sang putera yang kini telah membesar menjadi seorang remaja. Mereka membayangkan akan bertemu denga sosok seorang remaja yang gemuk, sakit, lemah mental, jiwa dan fizikalnya.

Alangkah terkejutnya mereka, Louis XVII tak seperti digambarkan. Sebaliknya ia telah membesar menjadi seorang remaja yang tampan dan sihat serta bercita-cita besar. Ketika ditanya mengapa beliau menolak segala kesenangan dan kemewahan yang diberikan kepadanya, beliau dengan tegas berkata, “Kerana aku seorang raja. Seorang raja mesti sihat, kuat dan bijak memimpin rakyat!”

Pengajaran yang dapat dipetik daripada kisah ini bagi seorang muslim adalah, cita-cita seorang Muslim seharusnya lebih besar dari Putera Luois! Seorang bayi muslim yang dilahirkan adalah seorang khalifah. Khalifah bukanlah suatu jawatan, bahkan amanah yang berat dan penghormatan atas agamanya yang dikurbiakan Allah. Peranan khalifah itu lebih tinggi darjatnya daripada seorang raja, presiden atau sultan. Ia merupakan anugerah Allah, dan bukan pemberian manusia.

Sebagai khalifah, seorang muslim tak cukup hanya menjadi seorang yang baik. Tetapi dia mesti mampu memberi kebaikan kepada orang lain dan persekitarannya.

Seorang khalifah wajib mengatur dan mengurus dunia dengan menegakkan hukum-hukum Allah. Dia bukan sahaja soleh (baik) tetapi mestilah juga “musleh”(ejen pembaikan).

Status khalifah ini merupakan amanah yang sangat besar dan berat hinggakan langit, bumi dan seluruh alam menolak apabila di tawarkan.

Khalifahlah yang berjuang dengan ruh kalimah syahadah dan kekuatan ibadah ‘as-solah’ untuk menuju puncak ‘al-falah’ dalam hidupnya, persis jalan yang ditempuhi junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Imam As-Syafie, Salahudin Al-Aubbi atau nama-nama lain yang menjadi aspirasi dan inspirasi.

Persiapkan diri kita untuk menjadi salinan peribadi rijal agama dan rijal Allah.

Asnan Hamdin
Aktivis PEMBINA Kuala Lumpur
Pembantu perubatan pergigian

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top