CYBERJAYA, 1 Dis- Wanita adalah perhiasan yang paling indah di dalam dunia. Wanita perlu menjadi perhiasan yang praktikal dalam kehidupan sebagai seorang wanita dan praktikal juga kepada orang lain.
Penting dan besarnya peranan wanita memerlukan mereka menyeimbangkan tiga aspek dalam kehidupan iaitu fizikal, mental dan kejiwaan dan hubungan dengan Allah.
Demikian ujar Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang dan Keluarga Islam di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Ustazah Razidah Adam selaku panelis forum ‘Kun Anti’ semasa Festival Beliawanis Nasional 2015 di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah baru-baru ini.
Tambah beliau, sebagai belia wanita Islam, personaliti malu hendaklah dipupuk yang mana dengan sifat malu tersebut dapat melahirkan individu Islam yang produktif untuk agama, keluarga dan masyarakat.
“Kita malu sekiranya kita tidak lahir sebagai seorang wanita yang mempunyai personaliti peribadi yang seimbang,” ujarnya.
Wartawan
Farhanah Fauzi