Ustaz Fathi Yakan – Perginya Seorang Tokoh

Dunia Islam menangisi pemergian Ketua Barisan Bertindak Islami dan mantan ahli parlimen Lubnan, Ustaz Fathi Yakan yang meninggal dunia pada hari ini pada usia 76 tahun, selepas mengalami masalah kesihatan yang teruk. Almarhum Ustaz Fathi Yakan lahir pada tahun 1933 di kota Tripoli yang terletak di Utara Lubnan. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang amat penting bagi gerakan Islam di Lubnan dan dunia Islam. Beliau merupakan pengasas gerakan Islam di Lubnan, sekitar tahun 50-an.Ustaz Fathi Yakan mempunyai sumbangan penting dalam menyatukan ideologi gerakan-gerakan Islam di dunia Arab. Beliau telah menghasilkan sejumlah tulisan, antaranya buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”, “Masalah Dakwah dan Pendakwah” serta “Persepsi Haraki
dalam Kerja-kerja Islami”. Karya-karya beliau telahpun diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.

Di Lubnan, beliau berperanan sebagai seorang tokoh yang menyeru kepada perpaduan serta mengelakkan perselisihan di antara rakyat Lubnan, terutama antara kekuatan pihak majoriti dan minoriti.

 

Berita penuh di http://www.ikhwan-jor.com/ (Bahasa Arab)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top