Majlis Penghargaan Tenaga Kerja KBAZ

KBAZ

Bangi, 19 Julai 2009– Aman Palestin dengan sukacitanya meraikan Ahli Jawatankuasa Kerja dan Sukarelawan PEMBINA di majlis Penghargaan Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis di Perkarangan pejabat Aman Palestin petang tadi.

Majlis yang dihadiri oleh 40 orang AJK dan Sukarelawan PEMBINA dijamu dengan pelbagai hidangan dan diraikan dengan cukup meriah. Dr. Kamil Azmi, Presiden PEMBINA dalam ucapannya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Aman Palestin kerana memberikan kepercayaan kepada PEMBINA mengendalikan upacara yang cukup berprestij tersebut dan kesanggupan Aman Palestin mendokong usaha PEMBINA menyuarakan pendapat PEMBINA tentang isu Palestin.

Wakil Aman Palestin, Ustaz Awang Sufian pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program KBAZ tersebut.

“ Tahniah kerana berjaya menghadapi program yang besar tersebut dengan penuh semangat dan telah memberikan tenaga, dan telah memberikan pengorbanan yang penuh dalam menjayakan program KBAZ” Katanya ketika memberikan ucapan.

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis(KBAZ) telah berjaya diadakan di Putra World Trade Center(PWTC) pada 9 Mei 2009 dan dihadiri 3000 orang belia daripada seluruh negara. KBAZ adalah anjuran Aman Palestin dengan kerjasama PEMBINA.

Majlis berakhir pada pukul 5 petang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top