Usaha Melenyapkan Islam Sebagai Agama Negara

tmmo-tarik-balik

Ia bermula dengan penulisan dan seterusnya mempengaruhi minda pembaca. Biar pun permohonan maaf telah dibuat tetapi propaganda ini sengaja untuk mengukur sejauh mana sensitifnya umat Islam terhadap agama mereka dalam kerangka sistem kenegaraan.

Hari ini, bertopengkan kebebasan bersuara dan hak asasi manusia, sedikit demi sedikit dan secara perlahan-lahan Islam cuba dipisahkan daripada konteks pentadbiran negara. Manusia (logika dan rasional) dijadikan elemen dan rujukan tertinggi sebagai panduan dalam menentukan dasar-dasar kehidupan manusia.

Ini bukan kali pertama tetapi kes-kes sebelum ini seperti pembatalan sekatan ke atas buku ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ oleh seorang yang mengaku sebagai lesbian Muslim, mencabar Enakmen Jenayah Undang-undang Negeri Sembilan dalam kes transgender, tuntutan penggunaan kalimah suci Allah dalam bible dan banyak lagi kes-kes lain.

Imam Syahid Hasan Al-Banna telah menetapkan dalam doktrin Siyasah Syar’iyyah bahawa ‘Islam adalah Adeen wa Daulah’ (cara hidup dan pemerintahan) sekaligus meletakkan Islam sebagai agama yang syumul dan komprehensif.

Konsep ini sekaligus menolak pemisahan di antara agama dan pemerintahan seperti yang berlaku pada zaman pencerahan (enlightment) tetapi apa yang membimbangkan saya ialah trend hari ini di mana ummat Islam mengecilkan peranan agama dan hanya menghadkannya kepada urusan ibadah sahaja.

 

Ibrahim Mohd Hasan
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top