PEMBINA Solusi Pada 200,000 Graduan Menganggur

Job-Fair-Malaysia

Rakyat dikejutkan dengan statistik tentang seramai 200,000 graduan tidak mendapat apa-apa pekerjaan. Pelbagai reaksi didapati terutamanya pihak netizen meluahkan kerisauan mereka terhadap masa depan mereka yang tidak kelihatan cerah.

Menurut statistik itu lagi, punca utama graduan mengganggur ialah kerana kurang penguasaan Bahasa Inggeris terutamanya dalam pengucapan. Punca penguasaan bahasa ini telah pun dibahaskan sebelum ini pada tahun 2014. Dua punca utama ialah kerana kurangnya guru atau pendidik yang kompeten dalam bahasa Inggeris dan masalah keyakinan diri graduan itu sendiri menurut Setiausaha Persekutuan Majikan-majikan Malaysia.

Namun sehingga tahun ini, penguasaan bahasa masih menjadi masalah yang tidak dapat diselesaikan. Akhirnya, solusi itu terletak pada inisiatif graduan itu sendiri.

Dalam proses membina keyakinan diri mereka, mereka memerlukan satu suasana dan kelompok yang memerlukan mereka untuk keluar dari zon selesa dan program-program melatih skil pengucapan awam.

Berita baiknya, PEMBINA telah pun menyediakan platform ini pada mahasiswa dalam IPT masing-masing. PEMBINA mempunyai Pakej Kepimpinan yang memfokuskan pada pengucapan awam menyediakan platform mingguan pada mahasiswa untuk bercakap apa sahaja idea mereka di pentas umum. PEMBINA juga mempunyai pelatih-pelatih professional yang terdiri daripada Pengarah Sumber Manusia, Kompeten Speaker Toastmasters dan pakar NLP. Antara program yang telah pun dijalankan ialah Mesyuarat Belia Negara, Speak like a Pro, dan Bicara Daie.

PEMBINA percaya mahasiswa ialah aset pada negara. Pembangunan aset akan memberi manfaat pada negara di masa akan datang. Oleh itu, komitmen menjadikan mahasiswa berjaya mencari peluang pekerjaan juga merupakan antara fokus utama.

 

Aizat Farhan Rohizat
Ketua Unit Media

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top