Usaha LPF mampu pelihara jatidiri Muslim

zid

BANGI, 31 Julai – Tindakah Lembaga Penapisan Filem (LPF) mewujudkan jadual undang-undang berkenaan adegan-adegan larangan bagi pelakon Melayu dalam drama mahupun filem merupakan tindakan yang mampu memelihara jatidiri umat Islam di negara ini.
Menurut Roszida Kamaruddin, Naib Presiden II Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) hal ini berikutan adanya adegan bersentuhan antara pelakon lelaki dan perempuan dan tahyul.
“Adegan yang dilakukan antara bukan mahram merupakan larangan bagi yang beragama Islam, manakala adegan tahyul juga dikhuatiri merosakkan akidah umat Islam dan harus dihindari dalam apapun keadaan,” ujarnya ketika ditemui wartawan.
Baginya filem dan drama Melayu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat harus dijadikan medium terbaik bagi mendidik masyarakat dengan nilai-nilai yang mampu membina terutama dari aspek sosial, kekeluargaan dan jatidiri.
“Gambaran visual merupakan bentuk memori paling kuat dalam fikiran manusia sekiranya sering ditontoni, cenderung ditiru adegan yang sama terutama kanak-kanak yang belum mampu membezakan antara baik dan buruk. 

“Secara umumnya, masyarakat terutamanya ibu-bapa harus sentiasa bersikap selektif dalam memlilih bahan tontonan serta hiburan untuk keluarga dan anak-anak dalam memastikan perkembangan yang baik dari sudut agama, mental, emosi dan intelek,” ujarnya lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top