Ukhuwah Jambatan Hati Kepada Islam

Tanggal  5 April di Pusat Dakwah Paroi menjadi saksi, pengislaman seorang anak gadis yang berasal dari Miri Sarawak. Ting Lah Ping atau nama Islamnya Alifah Ting Binti Abdullah mengakui hatinya terpaut pada Islam kerana keindahan ukhuwah yang ditonjolkan oleh sahabat-sahabatnya yang beragama Islam. Jalinan kasih sayang dan sikap bantu-membantu antara sahabatnya membuatkan hatinya tertarik pada keindahan Islam. Tambahan pula, sahabat-sahabat yang akrab dengan beliau merupakan aktivis yang bergiat aktif dalam Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Sedikit sebanyak, beliau merasakan tempias basahnya ukhuwah tersebut.

“Saya tengok hubungan sahabat-sahabat saya, kalau mereka buat kerja, mereka akan buat kerja sama-sama dan kalau yang seorang itu susah dia akan saling tolong-menolong dan hubungan mereka amat erat”.

Anak bongsu dari tiga beradik ini juga mengakui selalu mengikuti aktiviti kerohanian bersama-sama sahabat PEMBINA  di Surau Kolej UNITI. Contohnya usrah, solat hajat, kutipan derma, iftar dan lain-lain. Pada masa yang sama, beliau sering meminta sahabat beliau untuk memberikan tazkirah kepadanya. “Saya selalu meminta agar dia berikan tazkirah pada saya”, pelajar Diploma Perkaunan tahun dua ini, yang selalu berdampingan dengan Saudari Sharifah. Lebih membuatkan dia terharu apabila kesanggupan sahabat PEMBINA ini yang akan mengenepikan segala urusan dan akan meluangkan masa bersamanya.

Penglibatan sebagai ahli PEMBINA telah beliau sertai sekalipun sewaktu beliau bukan seorang muslim lagi dan beliau mengakui aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama PEMBINA amat menyeronokkan. Disogok dengan  persolan aktiviti sebagai seorang muslim, anak kacukan Spanish dan Iban ini ternyata bersyukur kerana ahli-ahli PEMBINA khususnya, sudi membantu beliau menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim. Saat ditanya tentang penerimaan keluarga, hanya abang beliau sahaja yang mengetahui berita ini dengan nada yang positif, turut menyambut baik penghijrahan ini adalah kawan baik senegeri beliau.

Lewat perbualan, beliau berharap dapat menjadi seorang muslim yang baik ”saya nak jadi seorang yang betul-betul muslim, bukan muslim atas dasar nama sahaja tapi Muslim dalam diri saya”.

* Video pengislaman beliau dikongsikan oleh sahabat beliau di sini: Video Pengislaman Alifah Ting binti Abdullah

alifah ting

 

2 thoughts on “Ukhuwah Jambatan Hati Kepada Islam”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top