โSebagaimana para atlet sering diberi penghargaan atas kejayaan mereka dalam bidang sukan, penggiat seni juga seharusnya diberi penghargaan di atas usaha mereka memartabatkan seni sastera.โ
Begitulah saranan saudara Qamarul Nazrin ketika mengulas sejauh mana seni sastera dimartabatkan oleh pemuda zaman sekarang. Beliau selaku Naib Presiden kelab Pantun dan Puisi (AKSI) UiTM juga berkata bahawa pemuda-pemuda zaman sekarang lebih gemar mengamalkan gaya hidup moden berbanding mendalami keindahan seni sastera itu sendiri hingga akhirnya berlaku penghakisan jati diri dalam diri mereka.
Mengambil situasi masyarakat Melayu zaman dahulu, mereka menggunakan seni sastera sebagai rencah dalam bahasa perbualan harian. Sebagai contoh, seseorang yang ingin melahirkan rasa suka, marah, kecewa dan pelbagai rasa hati, mereka akan mencipta pelbagai syair seperti sajak, puisi, pantun, gurindam dan sebagainya. Secara tidak langsung menunjukan nilai sopan dan tatasusila dalam masyarakat Melayu dahulu dalam berbahasa. Berbeza dengan pemuda-pemuda zaman sekarang, syair dan puisi hanya diangkat dalam pertandingan-pertandingan dan lagu asli.
Oleh yang demikian, wujud pelbagai usaha dalam memartabkan kembali seni warisan sastea daripada terus terhakis dalam diri anak-anak muda. Dapat disaksikan pelbagai pertandingan-pertandingan di peringkat sekolah dan IPT.
Atas kesungguhan ini, perlu ada penghargaan diberikan kepada mereka. Hal ini juga sebagai salah satu cara mengiktiraf seni sastera di pelbagai peringkat pencapaian. Secara tidak langsung, menarik minat anak-anak muda untuk mempelajari seni sastera secara mendalam.
* Saudara Qamarul Nazrin merupakan mahasiswaย UiTM Puncak Perdanaย yang sangat meminati kesusasteraan Bahasa Melayu. Kenali beliau lebih lanjut di sini.