Transformasi Kepimpinan Belia menjelang Wawasan 2020

PWTC, 24 Februari 2012Muhammad Aiman Bin Ahmad Faudzi, JK Informasi dan Kajian bersama pimpinan JKP yang lain telah menghadiri program “Bicara Minda Bersama Tun. Dr. Mahathir Mohammad di PWTC”. Pelbagai input yang telah diperolehi sepanjang program tersebut. 

Tun Dr. Mahathir menjelaskan fungsi pemimpin adalah untuk memacu dan menggerakkan golongan yang dipimpinnya ke suatu peringkat yang lebih baik. Pemimpin bertanggungjawab dalam mencari idea pengislahan bagi pengikutnya. Kemudian, pemimpin itu mampu untuk menurunkan dan mengerakkan idea tersebut kepada pengikutnya.

Tun turut memberikan perbezaan yang jelas di antara pemimpin yang berjaya dan pemimpin yang tersalah fungsinya.

Pemimpin yang berjaya yang digelar sebagai “The Agent of Change’ adalah pemimpin yang mentransformasi  pengikut mereka ke arah yang lebih baik dan berjaya mencapai matlamat tertinggi yang telah ditetapkan.

Manakala pemimpin yang tersalah fungsinya apabila mereka memanipulasi golongan yang dipimpinnya untuk kepentingan peribadi. Impaknya, pemimpin tersebut akan dijatuhkan oleh pengikutnya sendiri.

Program yang dihadiri oleh 2000 orang belia pada hari Jumaat dimana lazimnya hari bekerja dan hari belajar untuk kebanyakan negeri memperlihatkan perubahan sikap dan  matlamat oleh belia Malaysia. Belia masa kini sudah semakin cakna dan peduli dalam mencorakkan Negara Malaysia di masa hadapan melalui kepimpinan belia.

Seiring dengan peredaran zaman, masyarakat kini sudah semakin bijak. Lantaran itu, bakal-bakal pemimpin seharusnya menjadi lebih bijak dan mereka perlu lebih arif dan faqih dalam pelbagai bidang. Ini bagi memastikan pimpinannya tetap teguh dan mampu bertahan apabila menghadapi sesuatu cabaran bagi menjamin kemandirian kepimpinannya.

Persoalan yang ditanya oleh wakil PEMBINA kepada Dr. Mahathir, “Adakah  belia di Malaysia sudah bersedia untuk mencapai wawasan 2020? Sekiranya tidak, apakah bentuk persediaan yang boleh dibuat dalam tempoh 8 tahun lagi sebelum memasuki era 2020?” adalah indikator bagi golongan belia untuk terus berusaha keras dalam mencapai wawasan ini.

Bagi PEMBINA, kami mempunyai acuan sendiri untuk mempersiapkan “Belia 2020”. Kini, semua ahli PEMBINA sedang bekerja keras untuk tampil mempersiapkan model belia dalam Meneraju Aktivisme Mahasiswa.

1 thought on “Transformasi Kepimpinan Belia menjelang Wawasan 2020”

  1. Norislawati Abdul Rashid

    belia memainkan peranan yang penting negara,sokong belia sentiasa berterusan sehingga mencapai wawasan 2020.

Leave a Reply to Norislawati Abdul Rashid Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top