Mahasiswa mesti mempunyai jiwa pemimpin untuk mengembalikan kegemilangan umat Islam

 

Sepang, 3 Mac 2012 – Satu forum sempena Kem Pemantapan Iman BADAR anjuran BADAR, Kolej Teknologi Timur (KTT) telah berlangsung di Bagam Lalang Beach Resort. Saudara Ibrahim B Mohd Hasan selaku Presiden PEMBINA telah dijemput sebagai panelis forum bagi mengupas isu berkaitan ‘KEPIMPINAN’.

Forum yang disertai oleh 50 orang kepimpinan BADAR KTT telah didedahkan mengenai konsep kepimpinan dalam Islam dimana setiap manusia adalah pemimpin berdasarkan hadith “Kullukum Ra’in Wa Kullukum Mas’ulun ‘An Ra’iyyatih”. Pemimpin dalam konteks ini merangkumi pemimpin dalam mengurus dan mentadbir negara, melaksanakan urusan kerja, menjadi ketua keluarga, sehinggalah menjadi pemimpin kepada diri sendiri.

Beliau telah membawa peserta mengimbau kembali kepimpinan Islam yang runtuh sejak 88 tahun yang lepas dan menyeru setiap individu Islam untuk mengembalikan semula sistem Khilafah yang telah hilang. Dalam konteks global, umat Islam kini tidak lagi menjadi pemimpin bahkan kita dipimpin dari pelbagai sudut baik dari ekonomi, politik, dan aliran pemikiran.

Pesanan beliau, setiap dari kita mestilah berperanan sebagai pemimpin untuk mengembalikan landskap umat Islam dengan menanamkan sifat kepimpinan dalam diri setiap individu.

Forum ini turut menampilkan Dr Norbahiah selaku setiausaha wanita ISMA dan saudara Amal Asrol selaku moderator.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top