Tarbiyah dan Dakwah Menjadi Kunci Kejayaan Saya: Amalina, Pemenang Anugerah Tun Abang Salahuddin

15 Mei – “Sejujurnya saya memang tak sangka akan memenangi anugerah tersebut” itulah respon daripada Amalina binti Annuar, 22, pelajar tahun akhir Kajian Khidmat Sosial, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) apabila ditanya mengenai perasaan beliau selepas memenangi Anugerah Tun Abang Salahuddin di Majlis Apresisasi Gemilang Mahasiswa (MEGAH) baru-baru ini.

Anugerah tersebut mengiktiraf pelajar UNIMAS terbaik yang memaparkan nilai dan jati diri muslim yang boleh dicontohi serta bergiat aktif dalam program bersifat islami di peringkat kampus. Sekalung apresiasi beliau ahli keluarga serta rakan-rakan kerana menjadi inspirasi dalam kejayaannya.

“Tidak lupa juga buat seluruh aktivis dakwah dan tarbiyah Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) kerana sudi mengenalkan saya dengan tarbiyah islamiyyah yang mana kini menjadi sebab kejayaan saya hari ini” kata beliau.

Apabila ditanya mengenai pembahagian masa belajar dan aktivisme, beliau menjawab kita perlulah menjadualkan hari kita sebaiknya, jangan bertangguh dalam melakukan setiap tugas yang diberi dan yang paling utama sentiasa prioritikan usrah dan program tarbiyah daripada Pembina kerana perkara tersebut bukan sahaja membasahkan jiwa tetapi merehatkan fikiran daripada urusan duniawi dan pelajaran.

Berpegang pada prinsip pelajaran nombor satu tetapi dakwah bukan nombor dua, beliau berharap agar dapat memanfaatkan diri buat umat dan masyarakat.

Presiden Pembina, Eqwan Roslan juga mengucapkan jutaan tahniah kepada saudari Amalina Annuar atas pencapaian yang membanggakan ini. “Ia harus menjadi inspirasi kepada aktivis-aktivis mahasiswa Pembina agar terlibat aktif dengan amal aktivisme Pembina di kampus, selari dengan misi Pembina bagi mengupayakan mahasiswa agar menyumbang kepada masyarakat.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top