PUNCAK ALAM, 10 Julai- Tahniah diucapkan kepada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana atas penubuhan rasmi sebagai pertubuhan pelajar.
“Saya berharap dengan tertubuhnya PEMBINA di UiTM Puncak Alam dan Puncak Perdana dapat menjadi platform kepada mahasiswa agar mereka dapat menggilap potensi diri yang ada seterusnya menjadi mahasiswa kelas pertama seiring dengan matlamat UiTM ‘Mengubah Destini Anak Bangsa’, ujar Saudara Qamarul Nazrin Harun.
Beliau yang juga merupakan Presiden PEMBINA bagi kampus berkenaan berjanji akan bersama-sama menggerakkan program-program yang dapat menjadikan warga kampus UiTM Puncak Perdana dan Puncak Alam sebagai insan yang cemerlang dunia dan akhirat.