FEMINISME: Virus Barat di Negara Islam

Menurut ‘The Encyclopedia American Internasional’(1970:107), istilah feminisme mula digunakan oleh dramatis Perancis Alexandre Dumas pada tahun 1872 merupakan istilah yang sinonim dengan ‘gerakan pembebasan wanit atau women’s liberation, ‘emansipasi wanita’, ‘hak wanita dan sebagainya’. Hal ini bermakna ia merupakan suatu gerakan perjuangan wanita dalam menuntut kebebasan mutlak dalam berbagai-bagai aspek kehidupan seperti sosial, politik, pendidikan, undang-undang, dan ekonomi.

“Wanita adalah syaitan yang tidak dapat dihindari, suatu kejahatan dan bencana yang abadi dan menaik, sebuah risiko rumah tangga.”(Paderi St. John Chrysostom (345-407)

Sebahagian ayat dalam kitab Bible yang menyentuh tentang perempuan:

“kejahatan lelaki lebih baik daripada kebajikan perempuan dan perempuanlah yang mendatangkan malu dan nista” (Sirakh 42:14)

“setiap keburukan hanya kecil dibandingkan dengan keburukan perempuan, mudah-mudahan ia ditimpa nasib orang yang berdosa” (Sirakh 23:19)

“darjatnya (perempuan) di bawah lelaki dan harus tunduk seperti tunduknya manusia kepada Tuhan” (Efesus 5:22)

“permulaan dosa dari perempuan dan kerana dialah kita semua mesti mati” (Sirakh 25:4)

“wujud kutukan Tuhan terhadap perempuan adalah kesengsaraan saat mengandung, kesakitan ketika melahirkan, dan akan selalu ditindas lelaki kerana mewarisi dosa Hawa” (kejadian 3:16)

“perempuan harus tutup mulut di gereja, tidak ada hak untuk bersuara, dan bertanya dalam satu Jemaah. Jika harus bertanya tentang sesuatu yang belum difahami, dia harus bertanya kepada suaminya di rumah” (Korintus 14:34-35)

Anak perempuan tidak mendapatkan warisan, kecuali jia tidak ada pewari lagi dari pihak lelaki” (Bilangan 27:8)

“seorang isteri tidak mempunyai hak perwarisan dari suaminya” (Bilangan 27:8-11)

Kitab Bible masyarakat Barat memandang hina status seorang perempuan. Gerakan feminisme tertubuh dengan menolak isi kandungan yang terdapat dalam sebuah kitab yang dianggap suci serta menjadi panduan masyarakat Barat.Kitab itu menghina dan mengeji seorang manusia yang bergelar perempuan. Di tambah pula dengan masyarakat Barat yang sentiasa memandang rendah kedudukan seorang wanita. Buktinya; Pakar Sejarah Barat, Philip J.Adler dalam bukunya “World Civilization” menggambarkan bagaimana kekejaman masyarakat Barat dalam memandang dan memperlakukan perempuan.

Pada abad pertengahan, gereja berperanan sebagai pusat kekuasan. Hal ini menyebabkan kekuasaan politik terus menerus memandang rendah terhadap kedudukan perempuan.Sebahagian besar perempuan dianggap sebagai anak kecil-dewasa yang dapat digoda atau dianggap tidak memiliki akal yang sempurna. Dapat dikatakan sehingga perempuan yang berkahwin ketika itu tidak memiliki hak untuk bercerai.

Pada abad ke-17, sudut pandangan masyarakat Eropah terhadap perempuan masih tidak lagi berubah. Mereka masih menganggap wanita sebagai jelmaan syaitan atau alat bagi syaitan menggoda manusia dan menyakini bahawa sejak awal penciptaannya, wanita merupakan ciptaan yang tidak sempurna.

Kemudiannya, Revolusi Perancis (1789) menjadi saksi kebangkitan rakyat dalam memperjuangkan kebebasan melawan dominasi kekuasaan gereja dan Raja. Ini menjadi satu peluang kepada golongan feminisme dalam menuntut hak dan menaikkan martabat wanita. Ditengah pemberontakkan rakyat itu, perjuang feminisme bergerak memanfaatkan gerakan politik yang berdasarkan kebebasan (liberty), persamaan (equality ) dan persaudaraan (fraternity ).

Gerakan kebebasan politik terus berlangsung sehingga pada tahun 1972, perempuan memperolehi hak untuk dapat bercerai daripada suaminya. Pada tahun 1920, dicatat dalam sejarah, wanita Barat akhirnya terlibat secara langsung dalam politik apabila mendapat hak memilih dalam pilihan raya. Seneca Falls (1948), Lucretia Mott dan Elizabeth Cady Stonton mengadakan sidang akhbar ‘Konvensyen Hak-hak Perempuan’ sehingga akhirnya telah menghasilkan satu deklarasi yang menuntut reformasi hukum perkahwinan, penceraian, perwarisan harta dan anak.

Meskipun gerakkan feminisme begitu menonjol di abad ke-19 dan 20, namun realitinya ia telah ada sejak sebelum Masihi lagi. Buktinya, buku yang bertajuk ‘Republic’karya Plato(427-347SM) mengandungi pengajakan agar peranan keluarga dan sosial yang ditentukan oleh jantina dihapuskan. Selain itu, Plato juga mendesak agar wanita turut diajar bermain alat muzik dan bergimnastik agar dapat ditontoni oleh lelaki. (Afzalur Rahman, 1987:513)

GERAKAN PEMBEBASAN WANITA ISLAM

Gerakan pembebasan wanita di Barat seterusnya menular ke negara-negara Islam seperti di Turki, Mesir, Magribi, Lubnan, dan Iran. Gerakan ini semakin meluas apabila ia mendapat sokongan daripada modenis-modenis dan golongan intelektual seperti Mustafa Kamal Attaturk, Kamal Pasha, Kasim Amin, dan Zia Gokalp.

Mustafa Kamal Attartuk (lahir 1881) umpamanya, telah menggubal undang-undang perkahwinan berdasarkan undang-undang Barat pada 17 Februari 1926, yang mana ia menggalakkan wanita membuka aurat. (Fathi Yakan, 1986 : 47)

Kasim Amin (1865-1908) di dalam bukunya yang bertajuk ‘The New Woman’menentang pemakaian purdah di kalangan wanita Islam, menentang poligami dan penceraian yang dianggap sebagai satu penghinaan terhadap kaum wanita. Ia turut mengatakan bahawa, wanita Islam mesti berpendidikan Baratdan mesti dilepaskan daripada kongkongan lelaki, adat resam dan tradisi. Menurutnya, mengurung dan mengasingkan wanita di rumah adalah merugikan dan melucutkan nilai kemanusian serta menghadkan peranan wanita hanya untuk memenuhi keinginan lelaki.

Di Lahore, Pakistan pada tahun 1967 telah diadakan satu simposium (Maryam Jameelah 1976:17) mengenai emansipasi wanita oleh Majlis Pakistan bagi Integrasi Nasional.

Dr. Muhammmad Muqyddam, pemangku canselor Universiti Lahore di dalam kenyataannya dalam Pakistan Times pada 19 Oktober berkata:

“Tiada negara yang boleh dimodenkan selagi wanita belum mendapat kebebasan sepenuhnya.”

Di Mesir, Dr. Nawal El-Sadawy seorang pakar perubatan telah menghasilkan sebuah buku mengenai perjuangan wanita. Beliau menjelaskan bahawa wanita intelek memang tidak sesuai mematuhi peraturan agama, seks dan politik yang mengongkong.(Zainon Jaafar, 1975 : 35 )

TUNTUTAN GERAKAN PEBEBASAN WANITA ISLAM

Menurut Dr. Muhammad al-Bahi (1981:11), gerakan pembebasan wanita Islam juga mempunyai beberapa tuntutan yang diakui menjadi hak seorang wanita tetapi telah dinafikan antaranya seperti berikut:-

a) Persamaan kuasa menjadi wali dalam akad perkahwinan. Mereka menuntut untuk menjadi wali bagi mengakadnikahkan orang yang di bawah jagaan mereka.

b) Persamaan hak dalam hal penceraian. Kuasa talak yang diberikan kepada lelaki perlu ditarik balik dan diberikan kepada kadi.

c) Persamaan dalam harta pusaka.

d) Hak poligami lelaki perlu ditarik balik. Mereka tidak dibenarkan berkahwin selagi isteri pertama masih hidup dan tinggal bersama.

e) Saksi wanita dalam suatu perbincangan mesti diambil kira sama dengan saksi seorang lelaki.

Tidak kurang juga, gerakan ini turut menggesa wanita Islam agar menentang pemakaian pakaian yang menutup aurat yang didakwa sebagai kuno dan merampas hak kebebasan wanita. Wanita juga digalakkan bergerak cergas dalam semua lapangan masyarakat seperti dalam politik dengan menjadi calon dalam pilihan raya, wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri malah menjadi Perdana Menteri.

Beberapa organisasi dan pertubuhan perjuangan wanita Islam mengambil Barat sebagai model dengan menentang tradisi dan menganggap kekuasaan lelaki mencengkam hidup mereka. Menurut mereka, tugas lelaki mencari nafkah adalah tradisi lapuk. Justeru itu wanita perlu mengisi peluang pekerjaan tanpa mengira sesuai atau tidak dengan fizikalnya.

FAKTOR YANG MENDORONG WANITA ISLAM MENUNTUT KEBEBASAN

Faktor utama yang mendorong wanita Islam turut terlibat dalam gerakan ini adalah kerana kekaburan mengenai ajaran Islam yang sebenar terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan kewanitaan, kecenderungan menurut rasa ego dan semangat kumpulan, terikut-ikut dengan gerakan woman’s liberation Barat, situasi dan struktur sosial peningggalan penjajah yang terus membabitkan semangat dan penghayatan yang kian bercanggah dengan struktur sosial Islam serta kecenderungan mempertahankan kepentingan kebendaan, taraf hidup, jawatan dan kemegahan.

 tolak femenisme

KESAN PERGERAKKAN WANITA

Pada asalnya, perjuangan wanita ke arah menuntut hak dan keadilan merupakan suatu perjuangan positif dalam mengembalikan hak wanita, mengiktiraf kedudukan wanita dalam masyarakat dan meninggikan martabat wanita. Namun,  tuntutan kebebasan secara mutlak sehingga menyentuh aspek kebebasan seks, pergaulan bebas, melepaskan wanita daripada ikatan perkahwinan dan rumah tangga serta mempertikaikan syariat Allah SWT lebih banyak mendatangkan kesan negatif yang boleh mengancam dakwah Islamiah.

Dari segi fitrahnya, setiap sesuatu yang diciptakan oleh Allah diberikan kebebasan. Namun bukan berbentuk mutlak. Kebebasan yang diberi diikat oleh peraturan-peraturan tertentu. Matahari, bulan bintang diberikan kebebasan beredar,namun beredar di atas paksi yang ditetapkan. Begitu juga dengan manusia, bukan born to be free, tetapi diberikan kebebasan dalam segenap aspek yang diikat dengan panduan akidah, syariat dan akhlak. Inilah yang dinamakan ‘sunnah Allah’. Konsep lepas bebas daripada peraturan yang ditetapkan akan membawa kepada keburukan dan kehancuran.

Kesimpulannya, wanita Islam tidak memerlukan gerakan pembebasan wanita seperti mana wanita di Barat kerana Islam itu sendiri telah meletakkan hak serta memberi kebebasan kepada wanita bersuluhkan syariat Allah. Jika wanita Islam terlibat dengan gerakan seperti gerakan pembebasan wanita bermodelkan Barat, ia akan melahirkan wanita yang menentang ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran sekaligus menjadi penentang kepada Allah SWT.

Oleh: Alifah Ting, Ahli Unit Kajian Dan Informasi PEMBINA Pusat

1 thought on “FEMINISME: Virus Barat di Negara Islam”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top