Berdasarkan sebuah interview dalam Bahasa Arab dengan Khalid Amayreh
Terjemahan oleh Muadz M. Zain (muadzmz@pembina.com.my) dari http://www.palestine-info.co.uk/en/
Soalan: Israel mengatakan bahawa mereka hanya mempertahankan diri terhadap serangan berterusan oleh pihak Hamas dan pertubuhan ‘pengganas’ Palestin yang lain?
Jawapan:
Semua penyerang mengatakan bahawa mereka sebenarnya mempertahankan diri sendiri. Pihak Nazi German dahulu juga menyebutkan bahawa mereka hanyalah mempertahankan diri. Israel adalah negara yang paling tidak layak mengadu tentang keganasan. Bukankah Israel mewakili, menjasadkan dan menjadi contoh keganasan dalam bentuk paling hodoh dan terkeji?
Sememangnya, sejak daripada kewujudannya yang haram, Israel merupakan satu entiti pembunuh secara massa, pembunuh kanak-kanak, pencuri tanahair dan penipu tegar.
Amukan genosidal Israel terhadap Gaza adalah suatu sikap yang biasa dan normal bagi Israel; telah menjadi sikap yang mendarah daging bagi Israel. Melihatkan sejarah Israel, sesiapa sahaja dapat menyatakan dengan yakin dan pasti bahawa seluruh ‘sejarah hidup’ Israel adalah suatu rentetan peristiwa pembunuhan dan keganasan yang berterusan.
Apa yang menyebabkan holokaus mini terbaru di Gaza kelihatan seolah-olah suatu yang amat dahsyat adalah kerana adanya siaran television secara langsung (live coverage) dari medan perang. Siaran live coverage sebegini tidak wujud pada tahun 1948 dan beberapa tahun selepasnya di mana samseng-samseng Nazi-Yahudi ini telah melakukan banyak pembunuhan massa yang jauh lebih dahsyat terhadap penduduk tempatan Palestin.
Melihat kepada jenayah perang di Gaza yang sedang berlaku pada sekarang ini, jelaslah kepada para pencinta kebenaran bahawa Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah besar terhadap kemanusiaan ini. Semenjak Hamas memenangi pilihanraya umum Palestin pada 2006, Israel telah menyekat dan mengepung Jalur Gaza sehingga menolak warga Palestin di wilayah tersebut yang berjumlah lebih kurang 1.5 juta ke arah kepupusan. Secara ringkas, Israel telah mengenakan dua pilihan kepada penduduk Palestin; sama ada hidup menurut sahaja apa yang berlaku terhadap mereka semacam anjing dan mati kebuluran secara perlahan-lahan akibat kepungan bak Nazi, atau mati dibunuh oleh jentera peperangan Israel.
Soalan:
Israel mengatakan bahawa mereka mensasarkan orang-orang awam secara sengaja. Apakah ulasan kamu terhadap kenyataan ini?
Jawapan:
Sebagai sebuah negara jenayah yang tulen yang membunuh kanak-kanak dan mengebom bangunan pangsapuri, membunuh dan mencacatkan ribuan anak-anak yang tidak berdosa, Israel merasakan ia perlu menipu untuk menutup jenayah-jenayahnya. Jenayah dan penipuan adalah dua muka pada satu keping wang syiling yang sama.
Secara mudahnya, kenyataan Israel tersebut adalah satu pembohongan besar, tetapi yang menyedihkan adalah ia dilaungkan berturutan oleh kebanyakan media barat. Walau bagaimanapun kita boleh lihat di sini unsur sindiran yang besar kerana pembohongan ini dilaung-laungkan dan pada masa yang sama tentera-tentera Israel, udara, darat dan laut dilihat menghujankan kematian ke atas bangunan pangsapuri, masjid-masjid, kedai-kedai ubat, rumah-rumah persendirian, sekolah-sekolah dan balai polis.
Lihatlah, ia merupakan serangan bertubi-tubi tanpa belas tanpa apa-apa penahanan diri sekalipun; segala-segalanya dihamburkan kepada penduduk Palestin; sama seperti mana yang dilakukan oleh pihak Nazi semasa Perang Dunia Kedua dahulu.
Soalan:
Tetapi Israel mengatakan bahawa mereka tak membunuh orang-orang awam secara sengaja sepertimana yang dilakukan oleh pihak Palestin?
Jawapan:
Pertama sekali, apa sahaja usaha kecil dan primitif pihak Palestin dalam penentangan terhadap Israel, pada hakikatnya tidaklah memberi ancaman besar kepada Israel yang cukup lengkap dengan senjata nuklear. Roket pihak Palestin yang ditembak dari Gaza sepatutnya dilihat sebagai satu tindakan terdesak oleh suatu pihak yang menghadapi kepupusan oleh jentera peperangan Israel. Sungguh, roket-roket buatan tangan ini tiada tandingnya dengan teknologi Amerika pembawa maut yang canggih seperti jet pejuang F-16, bom Pemusnah Kubu (Bunker Buster) dan kereta kebal Abrams yang digunakan oleh Israel untuk membunuh dan memporak-perandakan Gaza dan orang-orang awamnya yang tidak berdaya.
Keduanya, Israel sebenarnya tidak bercakap benar apabila ia mengatakan bahawa ia tidak mensasarkan orang-orang awam. Kesilapan boleh berlaku sekali, dua kali, bahkan sehingga sepuluh kali. Walau bagaimanapun, apabila beribu orang-orang awam yang tidak berdosa, termasuk berbilang keluarga sekaligus, dibunuh dalam pengeboman yang membuta-tuli, ini menandakan bahawa pembunuhan orang awam adalah suatu yang disengajakan. Pembunuhan dengan pengetahuan, pada hakikatnya adalah pembunuhan yang disengajakan; walaupun kamu memanggilnya sebagai kemusnahan sampingan atau pembunuhan yang tidak disengajakan (collateral damage) atau apa-apa sahaja istilah lain.
Lagipun, apabila bilangan mangsa yang tidak berdosa terbunuh sebegitu tinggi dan tidak seimbang, bahkan apa-apa niat sekalipun sudah menjadi tidak relevan.
Soalan:
Israel menuduh Hamas menyorok senjata di dalam masjid?
Jawapan:
Israel bercakap apa-apa sahaja demi membenarkan peperangan genosidal terhadap rakyat Palestin itu. Minggu lepas, tentera udara Israel telah mengebom sebuah lori kecil dengan mendakwa ia membawa roket-roket. Walau bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia Israel, B’tselem, telah membongkarkan bahawa lori kecil itu sebenarnya hanyalah membawa tong gas untuk memasak.
Tapi…benarkah senjata-senjata disorok di dalam masjid? Semalam, tentera udara Israel telah mengebom sebuah masjid yang penuh dengan ahli-ahli ibadat di utara Gaza, membunuh 18 orang dan mencederakan berbelas-belas yang lain. Ini adalah jenayah perang dan sesiapa sahaja yang melakukan pengeboman tersebut dan mengarahkannya adalah penjenayah perang yang mesti didakwa di mahkamah dan dihukum. Kalau tidak, kita tidak ubah seperti berada di dalam hutan rimba yang tiada undang-undang.
Soalan:
Bagaimanakah pemberita dan wartawan-wartawan Palestin dapat menjalankan tugas mereka dalam keadaan sedemikian?
Jawapan:
Mereka sedang berusaha sedaya-upaya mereka dan mempergunakan segala peluang yang ada. Minggu lepas, kapal terbang perang Israel telah mengebom sebuah stesen televisyen dan pada dua hari lepas sebuah pejabat akhbar harian berbahasa Arab dan bertapak di Gaza, surat khabar Al-Risala, telah dibom dan dihancurkan. Jadi, sebenarnya mereka mensasarkan semuanya sekali.
Soalan:
Bolehkan Israel mencapai kejayaan dalam menghapuskan penentang Palestin terhadap penjajahan Israel?
Jawapan:
Israel mungkin berjaya dalam melemahkan usaha penentangan, tetapi ia takkan dapat sama sekali menghancurkannya. Alasanya adalah mudah. Penentangan tersebut bukan suatu “sebab” tetapi sebenarnya ia adlah “kesan”. “Penyebab” sebenar adalah penjajahan umpama Nazi terhadap Palestin yang ingin menyudahkan apa yang Israel mulakan pada tahun 1948, iaitu pemusnahan dan pembersihan etnik terhadap baki rakyat Palestin yang masih tinggal supaya ia dapat digantukan dengan penghijrah-penghijrah Yahudi daripada seluruh dunia. Ia adalah sama seperti konsep “lebensraum” Nazi. Tetapi di Israel mereka memanggilnya sebagai “security” (kesejahteraan).
Secara mudahnya, Israel takkandapat menghapuskan “kesan” selagi mana “sebab” itu masih wujud.
Soalan:
Mengapakah negara-negara Arab gala dalam membantu rakyat Palestin secara ketenteraan?
Jawapan:
Kebanyakan negara-negara Arab, kecuali Lebanon, adalah negara yang diperintah oleh regim tirani dan menindas yang sebenarnya berada di kaki Amerika. Regim-regim diktator ini tidak bertanggungjawab terhadap rakyat mereka sendiri. Noktah yang lebih penting lagi adalah ketua-ketua regim ini lebih mementingkan penerimaan Amerika dan Israel terhadap mereka berbanding penerimaan rakyat mereka sendiri.
Dalam kata lain, regim-regim ini tidak menggambarkan dan menunjukkan keinginan rakyat jelata. Oleh kerana ini, pertukaran kepada regim baru dalam negara-negara ini adalah suatu yang menghampiri kemustahilan dalam situasi sekarang disebabkan oleh pengharaman pilihanraya umum yang bebas dan bersih.
Tidak perlu dinyatakan lagi bahawa keadaan ini dijaga dan dipastikan kelangsungannya oleh sokongan yang tidak putusan oleh pihak US, tuan hamba yang agung kepada negara-negara polis ini.
Soalan:
Tidakkan penduduk Palestin rasa dibeloti?
Jawapan:
Semestinya mereka merasakan sedemikian. Sesungguhnya kami sebenarnya ditinggalkan bersendirian menghadapi jentera peperangan Nazi ini yang sedang menghapuskan segolongan manusia yang pada hakikatnya berjuang bersungguh-sungguh demi kebebasan dan keadilan.
Soalan:
Apakah yang anda rasakan sebagai objektif utama operasi Israel di Gaza?
Jawapan:
Ada banyak objektif.
Pertama, mereka cuba untuk mematahkan semangat penduduk Palestin dalam menentang usaha penjajahan Israel, yang sebenarnya adalah suatu tindakan merogol. Dalam kata lain, mereka mahu terus mengacau dan menekan kami dalam segala bentuk yang tidak dapat dibayangkan, dan apabila kami cuba melawan atau mengadu, mereka mengancam kami dengan penghapusan fizikal. Tak ubah seperti perogol bersiri yang mengancam untuk membunuh mangsanya sekiranya ia melawan atau mengadu. Tapi Israel adalah lebih daripada perogol bersiri. Mereka juga adalah pembunuh, pembohong dan pencuri.
Objektif lain adalah untuk mengenakan penyerahan diri sepenuhnya ke atas Pihak Berkuasa Palestina (Palestinian Authority – PA) yang disokong oleh Amerika di Ramallah. Israel beserta pemerintahan Bush merasakan – dan saya rasa mereka salah dalam sangkaan mereka – bahawa sekiranya Hamas berjaya dilumpuhkan, pihak PA akan dapat dipaksa untuk menerima keputusan “damai” di mana Israel akan mengambil semua aset dan rakyat Palestin mengambil semua liabiliti. Saya berbicara tentang “perjanjian damai” berat sebelah yang membenarkan Israel mengekalkan hasil penjajahan mereka iaitu sebahagian besar timur Baitul Maqdis dan mencabul hak untuk kembali (right of returns) jutaan pelarian Palestin yang diusir daripada rumah-rumah mereka semasa penubuhan haram Israel lebih daripada 60 tahun yang lalu.
Selain itu, Israel juga bertujuan untuk meningkatkan keberangkalian Menteri Peperangan Israel, Ehud Barak, dan Menteri Luar, Tzipi Livni, dalam memenangi pilihanraya Israel yang mendatang. Adalah suatu yang diketahui umum di Israel bahawa semakin banyak darah rakyat Palestin ditumpahkan oleh mana-mana ahli politik, dia menjadi semakin terkenal di mata umum penduduk Israel. Saya tidaklah mengatakan bahawa 100% penduduk Israel berfikiran sedemikian. Tetapi saya rasa peratusannya tidak kurang daripada 80%. Secara ringkasnya, kita sebenarnya sedang membicarakan tengah sebuah masyarakat yang sangat kanibal dan mempunyai jiwa yang kejam yang sanggup membunuh berjutaan manusia dan pada masa yang sama mengaku dirinya adalah mangsa yang sebenar.
Soalan:
Adakah rakyat Palestin menyalahkan Hamas di atas kesengseraan, huru-hara dan kematian yang berlaku kesan daripada serangan Israel?
Jawapan:
Sebahagiannya mungkin menganggap sedemikian, tetapi saya merasakan bahawa sebahagian besar rakyat Palestin tidak. Ini kerana pada hakikatnya, Israel, bukan Hamas, yang melanggar gencatan senjata. Sepanjang tempoh gencatan senjata yang lalu, yang memakan masa 6 bulan, Hamas bersungguh-sungguh menjaga gencatan senjata. Tetapi Israel telah membunuh sebanyak 49 Palestin. Lebih daripada itu, Israel telah mengetatkan lagi kepungan terhadap Gaza, menjadikan wilayah di tepi pantai itu sebagai Ghetto Warsaw zaman moden.
Bahkan pihak PA sekarang pun mengatakan bahawa Israel sahaja yang bertanggungjawab terhadap jenayah besar terhadap kemanusiaan ini.
Soalan:
Mengapakah Hamas tidak mengikitiraf Israel?
Jawapan:
Mengapakah Israel tidak mengiktiraf Palestin? Lagipun, Israel yang mana satukan yang kamu hendak Hamas iktiraf? Adakah Israel mempunyai sempadan yang tetap? Lebih daripada itu, bagaimanakah mungkin kami mengiktiraf sebuah negara yang tidak langsung mengiktiraf kewujudan kami?
Soalan:
Maksud saya, [Israel semasa] sempadan 1967?
Jawapan:
Adakah Israel sendiri mengiktiraf sempadan tahun 1967?
Soalan:
Adakah kamu sanggup mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi?
Jawapan:
Adakah Yahudi Amerika, sebagai contoh, sanggup mengiktiraf US sebagai sebuah negara ekslusif Protestan atau Baptis?
Soalan:
Apabila peperangan ini berakhir, bagaimanakah ‘rupa’ Hamas?
Jawapan:
Hamas akan menjadi sangat keletihan, dan ini adalah suatu yang semulajadi, memandangkan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan bentuk peperangan ini. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja ia berakhir, Hamas akan meletakkan tapaknya kembali dan menguatkan dirinya semula. Tetapi kini gerakan ini telah pun berjaya mendapatkan simpati, penyatuan dan kecintaan puluhan juta Arab dan Muslim seluruh dunia.
Benar, hubungan Hamas dengan regim-regim di Timur Tengah mungkin tidak begitu baik, kesan daripada ketundukan mereka kepada US. Tetapi Hamas tetap melihat dengan berpuas hati jutaan Arab dan Muslim yang berkeinginan untuk bersama dengan gerakan ini. Inilah sebenarnya apa yang Hamas inginkan dan telahpun berjaya mendapatkannya. Secara kesimpulannya, serangan Israel ke atas Gaza, pada hakikatnya adalah suatu hikmah dan keberkatan yang tersembunyi untuk Hamas dan perjuangan islam secara seluruhnya.
Begitu juga, regim “moderat” yang pro-Amerika akan kehilangan kehormatan mereka yang sedikit yang pernah mungkin ada pada mereka.