Sisters in Islam (SIS) dalam temuramah oleh wartawan Malaysiakini menentang tindakan Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Wanita Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang mengenakan denda kepada wanita yang bekerja di premis peniagaan yang tidak bertudung baru-baru ini.
Tafsiran salah terhadap ayat Al-Quran
SIS mengatakan bahawa tiada paksaan untuk bertudung dengan memetik ayat al-Quran ayat 256 Surah Al-Baqarah yag bermaksud:
“Tiada paksaan dalam agama, sesungguhnya telah jelas perbezaan antara jalan yag benar dengan jalan yang sesat.”
Tafsiran ayat ini hakikatnya bukanlah ditujukan kepada yang telah memeluk agama Islam. Semua ulama mufasirin sepakat dalam mentafsirkan ayat ini bahawa ianya ditujukan buat mereka yang belum lagi memeluk Islam yang bermaksud kita tidak boleh memaksa orang untuk memeluk Islam. Akan tetapi apabila seseorang itu telah memeluk Islam, ia terikat dengan amaran dan peringatan Allah. Syariat yang diturunkan Allah swt adalah sesuatu yang perlu dipatuhi bukan menjadi pilihan semata-mata. Dan pensyariatan hijab ini antara bentuk pemeliharaan kepada kemuliaan wanita itu sendiri.
Sepertimana seruan Allah swt di dalam Al-quran, Surah An-Nur ayat 30 -31agar lelaki dan perempuan menjaga pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Syed Qutb menyifatkan pandangan merupakan langkah pertama kepada kemaksiatan lain seperti zina. Ironinya, perempuan dikurniakan kejadian yang cantik dan istimewa. Sekiranya ia tidak menutup aurat, maka pandangan orang-orang yang tidak beriman dan berjiwa haiwan akan mendatangkan mudharat kepada mereka.
Tanggungjawab Pemerintah
Syariat Islam itu sendiri bertujuan menjaga sosial dan moral masyarakat dan pemerintah bertanggungjawab melaksanakan syariat dalam bentuk pendidikan seara formal, tidak formal mahupun penguatkuasaan undang-undang. Maka tindakan MPKB itu merupakan suatu tindakan yang wajar dipuji tambahan pula populasi rakyat Kelantan yang beragama Islam sebanyak 96.8% diikuti agama lain selebihnya. Menurut pengusaha perniagaan disitu, penguatkuasaan undang memakai tudung di Kelantan bukanlah sesuatu yang baru bahkan telah mula dilaksanakan 15 tahun yang lepas dan tidak wajar dipertikaikan terutama oleh orang Islam sendiri.
Sikap SIS yang sentiasa menyalahkan dan mempertikaikan penguatkuasaan undang-undang ini tidak akan lebih mendidik masyarakat bahkan seperti memberi ‘lesen’ dan membuka ruang perlanggaran syariat yang lebih besar. Mereka yang memilih untuk tidak menutup aurat akan sentiasa menjadikan SIS sebagai heroin ‘penyelamat’dan pembela mereka. Mereka juga sejak dari awal dilihat konsisten membangkitkan mepertikaikan kewajipan bertudung dan menutup aurat kepada wanita Islam sekalipun banyak penjelasan dan hujah dari Al-Quran dan Hadis dikemukakan.
Agenda Liberalisme Agama
Sekalipun isu ini dilihat berkenaan tudung, namun dengan segala kenyataan dan respon SIS ini sebenarnya mempunyai agenda lain yang jauh lebih besar dan mengancam umat masa depan umat Islam di Malaysia. Percubaan membawa masuk racun liberalisme ke dalam masyarakat Islam di Malaysia dengan kenyataan yang mempertikai tindakan institusi agama, mufti, undang-undang hudud, ideologi feminisme dan dalam isu ini menjunjung tinggi hak kebebasan individu mengatasi agama merupakan bukti agenda liberalisasi agama. Di halaman 111 buku ‘Building Moderate Muslim’ oleh RAND Corporation secara jelas mengatakan bahawa SIS menerima dana daripada Asian Foundation yang merupakan Instrumen pendemokrasian/promosi liberal Amerika Syarikat sebaris dengan NED dan Eurasia Foundation[1]. Penglibatan SIS dalam gabungan NGO COMANGO baru-baru ini
SIS juga menurut website FNS telah bekerjasama dengan sangat lama dengan Friedrich Naumann Stiftung (FNS). FNS terkenal mempromosi liberalisme dan nilai liberalisme[3]. Sebagai contoh dalam pengenalan di laman web tersebut menyebut
“It has been proven through the centuries that Liberalism offers appropriate solutions for the present and the future in public and personal life.”
Selain itu secara jelas dinyatakan di dalam FNS alumni group di Malaysia “To raise public awareness of Liberal values and also the profile of FAN Malaysia”
Telah banyak kajian dan pembentangan yang yang membuktikan bukti SIS merupakan penyokong agenda liberalisme namun masih lagi cuba untuk berdolak dalih. Dalam kenyataan mereka kepada akhbar the Star baru-baru ini SIS memberi respon berkenaan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu SIS (forum) sesat dan menyeleweng daipada ajaran Islam. Antara petikan berita;
“SIS board director Marina Mahathir asked the authorities to define the meaning of liberalisme and pluralisme and spell out what they did that was against Islam”
“Ratna also said the fatwa could not apply to SIS as it was a registered company limited by guarantee and that it did not profess to any religion”
SIS (Forum) telah diwartakan pada 31 April 2014 yang boleh didapati di laman web e-fatwa[2]. Antara petikan berita[4],
PEMBINA sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyeru supaya Sister in Islam bertaubat dan kembali berpaksi kepada landasan ajaran Islam sebenar.
Roszida Kamaruddin
Naib Presiden 2, PEMBINA
Rujukan;
[1] Dalam buku Building Moderate Muslim, ada sebut dalam membina jaringan Islam moderate di South east asia dengan cara bina regional network building effort. Dalam strategi tersebut, US mewujudkan International Centre for Islam and Pluralism(ICIP) di bawah Asia Foundation. Salah seorang prominet personalities yang diquote adalah Zainah Anwar (Director of SIS), selain daripada Nurcholis Madjid dari Indonesia.
[2] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pemikiran-liberalisme-dan-pluralisme-agama
[3] http://www.en.freiheit.org/Southeast-and-East-Asia/1044c11707i744/index.html
[4] Akhbar The Star, Saturday 1st November 2014, page 14 titled “SIS files for juridicial review on fatwa”.
Walaubagaimanapun kenyataan tersebut tidak dinyatakan di dalam akhbar The Star versi atas talian