PEMBINA hasrat lahirkan pimpinan IPT cemerlang

leader

KUALA LUMPUR, 10 Nov – Bertemakan ‘We Lead Others’, program LEADERS 2.0, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) berhasrat mahu melahirkan pimpinan IPT yang cemerlang.

“PEMBINA mempunyai matlamat yang jelas mahu melahirkan pimpinan IPT yang cemerlang. Tugas sebagai pemimpin adalah untuk menyampaikan agenda sebenar melalui kepakaran dan stategi yang terancang,” ujar saudara Lukman Abd Hamid, Jawatankuasa Politik Kampus PEMBINA.

Tambahnya lagi ketua PEMBINA IPT adalah tunjang kejayaan kepada sesebuah organisasi. Jadi penting supaya mereka menguasai pelbagai kemahiran serta yakin dengan aspirasi sebenar PEMBINA adalah penting dalam mengatur gerakan amal dakwah di setiap IPT.

“Pemimpin mahasiswa perlu fokus dalam pengurusan organisasai.Gerak kerja yang tersusun mampu mewujudkan struktur organisasi yang kukuh dan stabil di masa hadapan,” ujar saudari Khairunnisa Mazlan, Jawatankuasa Pembangunan Organisasi Majlis Mahasiswa PEMBINA.

Bagi Saudara Nor Aizat Rahimi Rostam Rahimi, Jawatankuasa Biro Pembangunan Sumber Manusia (JKPSM) PEMBINA pula, peranan setiap ketua pemimpin IPT sangat penting dalam menyelesaikan setiap pertembungan di antara hak dan batil selain cemerlang dalam bidang akademik

“Pemimpin bukan hanya sekadar cemerlang dalam bidang akademik tetapi bijak dalam mengimbanginya dengan gerak kerja dakwah untuk melahirkan pemimpin yang berkaliber,” ujarnya.

LEADERS 2.0 telah diadakan pada 7 dan 8 November yang lepas di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14 Petaling Jaya.

Pada program ini telah mengumpulkan barisan pimpinan Ketua PEMBINA IPT seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Nadiah Noor Hisham

wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top