Sejarah Kebangkitan Mahasiswa- Student Power

Bangi-19 Mei 2012, Sesi “Sejarah Kebangkitan Mahasiswa” yang disampaikan oleh saudara Aiman Faudzi, JK Informasi dan Kajian menekankan bahawa sejarah mahasiswa adalah elemen penting dalam pembentukan negara Malaysia. Bahkan di setiap negara yang mempunyai mahasiswa, mahasiswalah yang menjadi tonggak kepada perubahan negara tersebut.

“Kita boleh perhatikan bagaimana golongan belia dahulu khususnya mahasiswa dahulu mencorakkan negara ini, yang kemudiannya menjadi corak kepada Malaysia pada masa kini. Begitulah kitarannya. Sesuatu perkara atau isu yang diperjuangkan oleh mahasiswa akan dibudayakan oleh generasi pelapisnya selepas 5 hingga 10 tahun akan datang.” begitulah kata-kata saudara Aiman semasa sesi penyampaian beliau. 

 Beliau berpendapat bahawa, “pada realitinya, inilah perkara pokok yang mahasiswa ataupun aktivis sosial masa kini yang cuba untuk membangkitkan semangat serta arus mahasiswa perlu beri perhatian. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk merencanakan gerakan mahasiswa sebagaimana yang mereka inginkan.” 

Beliau juga menyuarakan persoalan,

“Adakah suatu langkah yang terbaik dengan mengambil model mahasiswa 60an, yang dikatakan zaman keagungan mahasiswa ditiru bulat-bulat untuk diaplikasikan di masa ini? Adakah sama situasi dan keadaan ketika tahun 60an dengan tahun 2012 ini?”

Pada beliau, jikalau jawapannya “Ya. Ia berbeza”. Maka beliau berpendapat terlalu banyak perkara yang perlu dicermati sebelum boleh arus mahasiswa ini dibangkitkan secara sepenuhnya dan jika jawapannya “Tidak”, maka anda salah.”

Salah kerana tidak mampu melihat bahawa keadaan, taraf hidup, peluang, ruang dan kesempatan yang ada buat mahasiswa ternyata lebih luas di zaman ini. Kontranya, pelbagai medium dan platform yang boleh digunakan mahasiswa adalah lebih banyak pada masa ini untuk mereka secara terhormat mengatakan “Kami mahasiswa, sedarlah akan diri kami dan dengarlah pendapat kami.” Yang dahulunya tiada dan mahasiswa dahulu perlu membina platform mereka sendiri.

Oleh itu, adalah tidak wajar suatu kebangkitan dalam konteks kebangkitan gerakan mahasiswa di bumi Malaysia ini yang rata-ratanya mahasiswa islam tidak diperhalusi dengan elemen islamik, berprinsip dan berakhlak serta teguh tanpa perlu dicemari oleh mana-mana aliran kefahaman yang salah seperti liberal, syiah, sekular dan sebagainya, dicampur-aduk lalu membentuk sebuah arus. Kecelaruan pasti berlaku.

Lebih-lebih lagi, anthusiasme dalam diri mahasiswa perlu kembali dalam imej dan identiti mahasiswa yang dihormati oleh masyarakat. Terhormat seperti dahulu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top