Rombongan JKP PEMBINA telah berpeluang menziarahi akhi Zulhelmie di Kuantan Medical Centre (KMC). Akh Zulhelmi terlibat dalam kemalangan jalanraya yang telah meragut nyawa seorang adik lelakinya, serta seorang lagi adiknya berada dalam keadaan koma. Ketibaan rombongan PEMBINA agak lewat, jadi akhi telahpun dibius dan sedang tidur.
JKP sempat berbual bersama Herman, yang menjaga akhi Zulhelmie sepanjang beliau di hospital. Zulhelmie mempunyai 7 org adik beradik, 2 orang daripadanya lelaki, dan salah seorang telah meninggal dalam kemalangan tersebut. Maka ayah Zulhelmie terpaksa pulang ke rumah kerana menjaga anak-anak perempuan kesemuanya.
Seorang lagi adik Zulhelmie berada dalam keadaan koma di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Ibu beliau juga sepatutnya berpindah ke KMC, tetapi kekal juga di HTAA demi memantau keadaan adiknya di sana.
Ucapan takziah daripada PEMBINA dan semoga Allah Ta’ala memberikan ketabahan serta memperbaiki keadaan saudara Zulhelmie sekeluarga.
Kepada semua yg ingin menyumbang, boleh menyalurkan terus ke akaun akhi Zulhelmie sprt berikut :
Semoga sedikit usaha kita ini dpt membantu meringankan beban akhi Zulhelmie sekeluarga. Sama-sama kita terus berdoa agar Allah mempermudahkan urusan mereka sekeluarga.