SARJANA sasar 1000 orang mahasiswa PEMBINA peroleh kelas pertama

BANGI, 9 Dis- Persatuan Belia Islam Nasioanal (PEMBINA) sasar 1000 orang mahasiswa PEMBINA mencapai ijazah sarjana muda kelas pertama pada 2016.

Hal ini menurut Presiden PEMBINA , Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al- Hafiz ketika ditemui pada sidang media SARJANA yang lalu.

Menurutnya, PEMBINA akan melancarkan 4 pakej bersifat akademik iaitu, Ijlis Bina, Irshad, Iqra’ dan Intaliq yang dirancang untuk membantu ahli PEMBINA dari sudut pencapaian akademik.

“Sarjana ini sebagai ‘kick start’ atau satu permulaan di peringkat pusat yang akan kita laksanakan di peringkat IPT,” ujarnya.

Ibrahim menjelaskan bahawa objektif SARJANA bukan hanya menonjolkan mahasiswa yang intelek sahaja bahkan melahirkan mahasiswa yang berkebolehan holistik.

“Kita cuba merungkaikan dari sudut bagaimana kita nak seimbangkan antara pencapaian akademik dan juga pencapaian di luar bidang akademik,” ujarnya.

Ibrahim menambah lagi, PEMBINA akan cuba menjadi platform kepada mahasiswa yang bertaraf Kelas Pertama yang mampu memberi sumbangan terhadap negara.

“Jadi, PEMBINA ini sebagai salah satu persatuan NGO yang menyediakan ‘platform’ selain daripada dia mampu cemerlang dari sudut akademik, dalam masa yang sama dia boleh seimbangkan kecemerlangan dia dari sudut sumbangan dia kepada negara,” katanya lagi.

Oleh

Farhanah Fauzi

Wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top