Mahasiswa PEMBINA tampil dengan identiti perjuangan mahasiswa

pres

BANGI, 8 Dis- PEMBINA pada hari ini tampil sekali lagi dengan melawan arus gerakan mahasiswa dengan memperkenalkan slogan Identiti Perjuangan Mahasiswa.

Hal ini menurut Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al- Hafiz, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dalam ucapan pembukaanya semasa SARJANA 2015 kelmarin.

“Perjuangan mahasiswa selalunya dikaitkan dengan aktivisma semangat yang berkobar –kobar untuk memperjuangkan hak mahasiswa, memansuhkan AUKU, memperjuangkan pendidikan percuma, mencari salah pentadbiran dan menjatuhkan kerajaan.

“Ini definisi yg digembar-gemburkan oleh gerakan mahasiswa berhaluan kiri,” ujarnya.

Ibrahim menambah lagi dengan menjelaskan peranan utama mahasiswa adalah dengan meneroka sebanyak mungkin ilmu untuk mereka perlihatkan ciri –ciri mahasiswa yang  mempunyai intelektual, peradaban dan kesarjanaan yang tinggi.

“Kita buktikan bahawa kita mampu untuk menggarap segala ilmu. Ini adalah harapan bangsa, keluarga dan agama kita. Kemudian baru kita pergi kepada agenda –agenda yang lain.

“Bezanya kita adalah kita mampu berfikir dengan kritis dan meletakkan Islam sebagai matlamat kita, “ jelasnya lagi.

Beliau menceritakan kembali sejarah silam aktivis mahasiswa seperti pendeta Za’ ba dan Burhanuddin Al-Helmy yang membangunkan Malaysia bukan bersandarkan semangat dan penentangan semata –mata  tetapi, mereka yakin bahawa pendidikan adalah aras yang utama dalam mendidik dan membangunkan masyarakat.

“Kerana itu kita selalu meyakinkan kepada ahli –ahli PEMBINA bahawa akhirnya mahasiswa mahasiswi yang kita lahirkan mampu untuk menyumbangkan sesuatu yang  positif terhadap negara,” tambahnya lagi.

Farhanah Fauzi

Wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top