Khaibar, Khaibar Ya Yahud!
Jaishshu Muhammad, saufa ya’ud!
Khaibar, Khaibar Ya Yahud!
Jaishu Muhammad, saufa ya’ud!
Bid damm!
Wa bir ruuh!
Nufdiiki ya Ghazzah!
Allahu Akbar!
Tiada siapa yang menyangka, titik penyatuan umat Islam berada di bumi barakah Palestin. Isu Palestin telah Sungguh umat Islam sudah bergelumang dengan pelbagai juzuk perbezaan dan masalah sekitarnya. Tidak terkecuali majoriti Muslim di Malaysia, khasnya bangsa Melayu-Muslim. Perbedaan daripada segi ideologi, fikrah, pendekatan dan manhaj kadang-kala menjadi dinding antara umat Islam.
Namun, hari ini, dinding itu berjaya di runtuhkan. Jika tidak keseluruhan, maka sebahagian daripadanya. Hingga membolehkan seseorang melihat saudara seagama dan seakidah dengannya yang selama ini terhalang daripada pandangan mata mereka oleh dinding-dinding halusinasi atau sekurang-kurangnya diintai.
Pemimpin-pemimpin masyarakat, baik daripada parti bernama UMNO, PAS mahupun PKR serta pimpinan gerakan-gerakan NGO duduk dan berdiri di atas pentas yang sama, bercakap dalam ‘bahasa’ yang sama; mengutuk tindakan kejam rejim Zionis dan sekutu rapatnya Amerika serta mengiktiraf, menyokong dan mendokong perjuangan Hamas, kerajaan sah Palestin serta rakyat Palestin yang dicintai.
Antara perwakilan yang hadir adalah:
-
Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, ISMA,
-
Naji Z A Alsahri, wakil Gaza, Palestin,
-
Yusri Mohamad, Presiden ABIM,
-
Dato’ Dr. Zambry Abd Kadir, ADUN Pangkor (BN),
-
Dr. Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar (PAS),
-
Mustafa Kamil Ayub, Naib Presiden Keadilan (PKR).
Semua mereka bersama-sama dengan wakil kerajaan Hamas, berserta lebih kurang 15,000 rakyat Malaysia hadir dalam rapat umum yang dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad (dengan kerjasma ISMA) di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam, siang tadi.
Rapat umum ini diadakan sebagai saluran sah untuk menyuarakan kemarahan dan kebencian kepada kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis di semenanjung Gaza sejak 2 minggu yang lalu.
Acara seperti pidato daripada perwakilan, kutipan derma, persembahan nasyid, bacaan deklarasi, bacaan doa, acara ‘melontar kasut’, serta pelepasan konvoi kereta ber-‘sticker’, mengisi ruang masa selama lebih 2 jam di sana.
Ahli PEMBINA daripada pelbagai kawasan juga turut sama hadir bagi menzahirkan rasa tidak puas hati kepada musuh-musuh Islam yang sedang rakus menyerang tanah merdeka semenanjung Gaza. Sepanduk dan kain rentang dengan pelbagai kata kutukan buat Israel dan sekutunya dibawa oleh peserta rapat umum. Umur dan bangsa tidak lagi menjadi halangan untuk peserta datang.
Tiada sebarang tindakan membakar bendera atau replika patung pemimpin dibuat kerana pihak penganjur percaya bahawa api dunia tidak layak untuk membakar mereka(pengganas Zionis). Bahkan api nerakalah yang paling setimpal bagi membalas segala kerosakan yang telah mereka lakukan.
PEMBINA menyeru agar umat Islam ‘membakar’ cara hidup yang dianjurkan oleh musuh-musuh Islam. Hedonisme, individualisme, nasionalisme dan lain-lain isme yang berlandaskan hawa nafsu serta jauh daripada sinar hidayah Ilahi. Marilah kita kembali ke ajaran Islam yang sebenar kerana itulah satu-satunya kunci dan jalan untuk kita berjaya kembali membebaskan al-Aqsa. Dan yang lebih utama, kesejahteraan di dunia dan bebas daripada siksaan api neraka di akhirat kelak.