Biarlah Aku Memikulnya

Tika manusia terlelap

Melayari mimpi-mimpi indah

Dikala pungguk melagukan siulan

Di sana…di Palestin…di Gaza…

Saudaraku merintih kehilangan insan tersayang

Ahli keluarga, sahabat handai, mahupun jiran tertangga…

Anak kecil kehilangan orang tuanya

Ibu tua merintih hilangnya penyeri hidup

Lantaran kebiadaban Israel

Membantai sesuka hati

Membunuh di sana sini

 

Aku di sini luka hati

Pedih jiwa melihat dan mendengar

Segala kecelakaan yang terjadi ke atas saudaraku

Di Bumi Anbiya’

Di Bumi Suci

Baitul Maqdis!

 

Namun begitu, hatiku lagi luluh

Melihat segelintir saudaraku di sini

Masih enak dibuai keseronokan

Masih tegar mendiamkan diri bagai batu

Jika digolek ke sana sini

Hanya mengikut arah angin

Bagai tiada apa

Tiada apa yang berlaku

Tiada apa dalam jiwa mereka

Tiada…

Di kala para pejuang di sana sibuk

Sibuk mencari tempat untuk berlindung

Sibuk mencari sekeping roti untuk disantap

Sibuk merintih bantuan yang tiada jawapan

Sibuk berjuang dengan darah dan air mata

Agar syahid segera bertandang…

 

Jika ini dugaanNYA

Menguji iman dan taqwa

Untuk melihat siapa di kalangan hambanyaNYA

Yang tegar berjuang berkorban

Harta dan jiwa

Aku ampuhkan hati ini

Di waktu sujud

Biar aku yang memikulnya

Biar seberat mana ujian ini

Biar sampai aku jatuh rebah

Biar sampai ajal itu datang menjemputku

Aku tetap sedaya mampu langsung memikulnya

 

Biarlah…biarlah…biarlah

Mereka dengan hilai tawa

Mereka dengan urusan mereka

Mereka dengan dunia mereka

Aku di sini tetap memikulnya

Kerna aku turut merasakan

Siksa pedih jiwa saudaraku

Sakit luka bedilan keganasan Zionis

Walau tidak ku tahu di mana penghujung

Episod duka dirundung kejam….

 

Aku Yang Memikulnya

10 Jan. 09/13 Muharam 1430H

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top