Rahsia mengarap potensi dan jati diri

Besut, 6 April โ€“Program Zero to Hero yang bertemakan โ€œLedakkan Potensi Diriโ€ telah berlangsung di Dewan Al- Kindi, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa mengenai kepentingan membangunkan potensi dan jati diri.

Program Zero to Hero yang dihadiri oleh hampir 150 orang pelajar dari IPG Kampus Sultan Mizan dan Politeknik Kota Bharu ini telah mendedahkan mengenai 7 ciri-ciri mahasiswa pemangkin pembangunan negara yang dibentangkan oleh Saudara Mohd Nor Adzim Shaari, ahli Unit Kajian dan Informasi PEMBINA yang juga mantan Ketua Cawangan PEMBINA Negeri Sembilan. Saudara Adzim turut berkongsi pengalaman beliau dari zaman persekolahan sehinggalah ke alam pekerjaan yang boleh dijadikan teladan oleh para hadirin.

zero to hero - flyers

Antara isi penting yang dikongsikan sewaktu program ini ialah kemenangan Islam itu bermula daripada diri sendiri, jangan mudah berputus-asa, dan kepentingan untuk fokus dalam mencapai perkara yang diingini.

Program ini juga turut diserikan dengan bacaan Al-Quran dan persembahan pidato oleh adik Nurussyahamah Taqiah, yang merupakan juara Pertandingan Adik-Adikku Musim ke-3.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top