Rahsia kehebatan pejuang Gaza

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda- Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Isra’:1)

Menyoroti kisah perjuangan di tanah suci Palestin, sejarah telah mencatatkan bahawa tanah ini tidak pernah kering dari tumpahan darah para syuhada yang telah bermati-matian mempertahankan kesuciannya. Palestin bukanlah tanah biasa. Palestin tidak boleh dibandingkan dengan kota-kota yang lain seperti Paris, London, New York, Washington, Moskow, atau Roma . Palestin terletak di sebuah wilayah yang menjadi jambatan, yang menghubungkan antara Asia, Afrika, dan Eropah. Palestin  merupakan salah satu tempat yang didalamnya menyimpan sejarah, kisah, dan ajaran tentang kedamaian. Ada satu hal yang membedakan tanah ini adalah ertinya bagi tiga Agama Samawi, yaitu Yahudi, Kristian, dan Islam.

Gaza. Namanya yang jika disebut 10 tahun yang lalu di Malaysia, pasti menimbulkan tanda tanya. Tetapi selaras dengan peredaran zaman, dengan kecanggihan teknologi maklumat, masyarakat semakin cakna mengenai nama ini. Tanyalah pakcik atau makcik di kedai makan, saya rasa mereka pasti mengetahuinya, ataupun paling tidak, pernah terdengar , sama ada di kaca televisyen, di corong radio, ataupun di internet. Tidak dapat tidak, adalah wajib bagi seorang yang bersaksi dengan Allah yang satu dan Muhammad sebagai rasul-Nya, untuk mengambil berat mengenai apa yang telah berlaku, dan sedang berlaku di Gaza. Ini selaras dengan sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud:

[colored_box color=”eg. blue, green, grey, red, yellow”]“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”[/colored_box]

gaza1
Tiga dari kanan: Saudara Farhan bersama aktivis-aktivis PEMBINA sebelum berangkat ke Gaza dalam Misi Solidariti Gaza (MSG 2012)

Peluang menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 Aman Palestin baru-baru ini telah menguatkan lagi keyakinan saya mengenai pentingnya seluruh umat Islam untuk sedar dan berpadu dalam menyelesaikan konflik terpanjang dalam peradaban manusia. Saat kaki menjejak ke bumi perjuangan ini, terasa satu aura menghembus jiwa. Tanah ini telah menyaksikan ramai tokoh-tokoh pejuang yang sepanjang hidupnya, berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Sheikh Ahmad Yassin, Dr Abdul Aziz Rantisi, Ahmad Al-Jabary dan ramai lagi.  Mereka semua telah menunaikan janji mereka kepada Sang Pencipta. Dan saban tahun, semakin ramai yang berlumba-lumba untuk mengikut jejak langkah mereka.

Setelah melihat sendiri suasana di Gaza dan bergaul dengan masyarakat di sana, dapat disimpulkan bahawa  kehebatan sebenar para pejuang Gaza terletak pada keimanan mereka pada Allah Azzawajalla, di mana ia lebih kukuh daripada tembok pemisah, lebih mengancam daripada pesawat F16 , dan lebih padu daripada bedilan kereta kebal Israel. Kekuatan ini bukanlah dibina bukan dengan sekadar kata-kata retorik, ataupun laungan-laungan semangat, tetapi melalui keazaman mengikuti wasilah-wasilah tarbiah seperti qiamullail dan solat subuh berjemaah di masjid. Maka tidak hairanlah syarat untuk menyertai Briged Al-Qassam, unit ketenteraan elit Hamas, ialah solat Subuh berjemaah di masjid selama 6 bulan dan mendapat sokongan daripada imam masjid.

Salah satu perkara indah di sana ialah pengamalan Islam dalam masyarakat mereka. Akhlak mereka, benar-benar akan mengesani mana-mana tetamu yang hadir ke bumi ardhul izzah ini, Di Gaza, anak-anak dilatih sejak kecil untuk tidak meminta-minta. Hasilnya tiada seorang pengemis pun dapat dilihat  di situ, sedangkan secara logiknya, merekalah yang paling layak meminta belas kerana terlalu ramai yang menjadi balu akibat kehilangan suami dan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat kekejaman Zionis Israel. Perkara ini tidak akan berlaku melainkan hasil didikan Islam yang mengakar dalam hati setiap manusia di sana.

gaza2

Untuk masyarakat Islam Malaysia menjadi sekuat masyarakat Gaza ataupun menghampiri mereka, bukanlah perkara yang mustahil.  Satu ketika dahulu, di saat khilafah Islam jatuh tersungkur, semua ulama menulis surat kepada Syeikh Syakib Arsalan.untuk meminta beliau mengumpul umat islam kembali. Mudah sahaja jawapan Sheikh Arsalan, “Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab : Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah; iaitu melalui tarbiyah individu. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?”. Dan jawapan yang hampir serupa juga diberikan oleh Khaled Meshaal, ketua Hamas, apabila ditanya mengenai apa yang boleh masyarakat luar bantu. Jawapnya “Bangunkanlah umat di kawasan kamu, itulah bantuan besar terhadapa kami. Selain doa yang kamu lancarkan untuk kami selepas solat dan ketika Qiamullail”.

Ya, inilah jawapannya jika kita mahu mencontohi Gaza, dan generasi ulung sahabat..

Setiap individu yang bernilaikan kefahaman Islam pasti sedar akan hakikat ketenatan dunia dan menyedari peranan mereka terhadap masyarakat. Mereka akan dapati bahawa pentarbiyahan individu itu penting dan sangat berkait rapat dengan kebangkitan Islam. Setelah ramainya individu dapat dibentuk dengan acuan Islam, maka kebangkitan pasti akan berlaku. Inilah formula kebangkitan Islam yang digunakan oleh Salafussoleh terdahulu. Dan diulangi oleh para pejuang di bumi Palestina hari ini.

[colored_box color=”eg. blue, green, grey, red, yellow”]“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”. (Riwayat Bukhari)[/colored_box]

Bangkitlah Negeriku, Harapan itu masih ada.

Oleh:

Muhammad Farhan Nasri Bin Hamdan
Exco Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Multimedia 2012/2013
Aktivis PEMBINA Melaka
Peserta Misi Solidariti Gaza 2012
Website : www.opfarhan.wordpress.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top