Asbab kepada rahmatNya

Masa zaman kanak-kanak dahulu, ada satu drama TV bertajuk “First Wave”. Drama ini memang susah sekali untuk dilepaskan untuk ditonton di kaca TV. Cerita tentang seorang lelaki yang merantau satu tempat demi satu tempat untuk menyelamatkan seseorang di tempat itu daripada dibunuh makhluk asing. Pendek kata, kehadiran dia di setiap tempat itu menjadi asbab kepada terselamatnya individu dan masyarakat di tempat itu.

Tetapi pada masa itu, diri masih kanak-kanak. Belum pun lagi mengenal ranjau dunia yang sebenar, namun hati telah terpercik sesuatu … dan ia hilang.

Meningkat zaman remaja, ada sebuah filem Hindi. Filem ini mengisahkan seorang lelaki yang rela melepaskan isteri dan gadis yang dicintainya kerana dia tahu, nyawanya tidak panjang dek penyakit barah yang ada padanya. Apa yang lebih menyentuh hati, lelaki ini dalm filem ini di’jelma’kan sebagai lelaki yang pernah dan telah memberi cinta dan kebahagiaan kepada wanita-wanita dalam filem-filem yang lain. Pendek kata, kehadiran dia di setiap filem menjadi asbab kepada kebahagiaan wanita dalam filem-filem itu.

Pada masa itu, hidup dan hati penuh dengan selaput jahiliyah, hati ini gelap dan sepi.

Asalnya, entah mengapa hati ini menolak untuk menonton filem ini. Takdir Ilahi, hanya 6 tahun lebih selepas filem ini mula ditayangkan, barulah dicampak rasa berkehendak untuk menonton.

Setelah menonton, hati kembali dipercik suatu perasaan yang indah, dan cukup mengasyikkan …

Allah s.w.t telah memberi hint kepada ku, bahawa perasaan inilah yang bakal aku gelumangi dan rasai bila tiba masanya,

Kini, hidup kedua-dua lelaki dalam drama dan filem itu hanya bermain-main di minda sebagai wayang dalam khayalan. Namun, perwatakan kedua-duanya menjadi elemen penguat untuk diri ini terus berbakti. Hanya elemen penguat, kerana …

jalan-dakwah

Hari ini, Allah telah takdirkan aku untuk mengenal jalan yang indah. Jalan inilah yang mendidik dan menyentuh hatiku untuk mengenal erti memberi bakti kepada orang lain. Allah s.w.t. mentarbiyahku untuk menjadi asbab kepada rahmatNya dikurniakan kepada orang lain. Bergeraklah dengan yakin, Berjalanlah tanpa henti. Tanpa kenal lelah jemu, Dia memperkenankan diriku untuk menyampaikan firman-Nya.

Hanya Sang Kekasih Yang Dirindui sahajalah yang menjadi idola terbaik untuk diri ini belajar meraih cinta-Nya, seterusnya menjadi asbab untuk orang lain mendapat rahmatNya. Orang sastera Inggeris cakap, “touch others like an angel.” Dialah pemula kisah cinta ini, dan dengan cintanya yang agung, aku memikul urusannya. Walaupun tak sehebat baginda dan sering sahaja tersungkur, aku cuba melakukan yang terbaik.

Hati sentiasa membuak-buak untuk menggembirakan orang lain. Hati ini sentiasa menginginkan sahabat  di sisi terasa indah kehidupan mereka bersama rahmat Allah s.w.t. Inilah perasaan terbaik yang pernah wujud dalam hati.

Ku pohon kepada Al-Khaliq, dan Yang Membolak-Balikkan Hati, Kau kekalkanlah tarbiyah cinta dan perasaan hati yang mulia ini padaku.

Sumber: Laman sesawang PEMBINA Kedah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top