Gombak, 24 Okt – PEMBINA telah mengadakan Muzakarah Pimpinan PEMBINA (MPP) 2009 bertempat di Taman Batu di sini. Muzakarah yang berobjektifkan penilaian perjalanan PEMBINA di seluruh negara dan perancangan langkah ke hadapan ini telah dihadiri oleh 42 orang perwakilan dari cawangan-cawangan PEMBINA dari seluruh negara.
Majlis telah bermula jam 9pagi dengan pembentangan laporan aktivisme cawangan-cawangan PEMBINA. Ini diikuti dengan pembentangan Strategi & Kerangka HalaTuju PEMBINA 2010.Solat zohor & makan tengah hari kemudiannya menyusul.
Sekembalinya dari rehat, sebelah petang diisi dengan sesi Dialog, di mana sesi ini telah memberi peluang kepada pimpinan cawangan-cawangan PEMBINA untuk melontarkan pandangan dan komen kepada Strategi & Kerangka HalaTuju yang telah dibentangkan. Sesi ini juga memberi peluang kepada para perwakilan untuk berhubung terus dengan JKP PEMBINA bagi merungkai sebarang kemusykilan yang ada dalam perlaksanan aktivisme.
Presiden PEMBINA, Dr Kamil Azmi Tohiran amat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh para pimpinan cawangan yang telah hadir untuk sesi 1 hari ini meskipun datang dari tempat-tempat yang jauh seperti Kelantan & Perlis. Beliau yakin seandainya komitmen sebegini dikekalkan, insyaAllah PEMBINA akan mampu melaksanakan visinya untuk menjadi organisasi pemacu aktivisme belia khususnya mahasiswa yang mesra masyarakat.
Majlis tamat pada jam 5pm setelah selesai sesi fotografi bersama para perwakilan. Semoga para pimpinan yang hadir akan pulang dengan semangat yang jitu bagi terus melaksanakan aktivisme PEMBINA.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Gombak di atas kesudian mereka meminjamkan Bilik Seminar di Pejabat ISMA Gombak bagi tujuan MPP 2009 ini.