Kita mungkin lebih mengenali sahabat-sahabat lelaki yang terbilang pada zaman Rasulullah s.a.w yang sanggup berkorban harta, masa, jiwa dan nyawa untuk mempertahankan agama Islam yang suci ini. Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar As-Sidiq, Umar Al Khattab, Uthman Affan, Ali Abu Talib, Abdurrahman bin Auf, Mus’ab Umair, Zaid bin Harithah dan ramai lagi sahabat yang terbukti kehebatannya di bawah didikan dan asuhan daripada Rasulullah s.a.w mungkin telah kita kenali. Namun, pernahkah kita terfikir di sebalik kehebatan dan kekuatan sahabat-sahabat ini sebenarnya wujud seorang wanita di samping mereka yang sama-sama berjuang menegakkan agama Allah?.
Sidang pembaca yang dirahmati Allah…
Sidang pembaca yang dirahmati Allah…
Ummu Sulaim merupakan wanita yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Kemuliaannya bermula apabila beliau memilih memeluk agama Islam yang suci ini berbanding kasih seorang suami. Keislamannya telah mendapat tentangan daripada suaminya, Malik Ibn Nadhr. Malik yang tidak mahu mengakui agama Islam telah pergi Syam dan meninggalkan Ummu Sulaim dan anaknya, Anas Ibn Malik. Di sana dia telah mati dibunuh oleh musuhnya. Akhirnya, atas keimanan dan keyakinan kepada agama Allah ini, Ummu Sulaim meneruskan kehidupan dan berjaya mendidik dan mengasuh anaknya, Anas Ibn Malik dengan acuan Islam sehingga menjadi sahabat yang banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah.
Inilah contoh wanita yang hebat pada zaman Rasulullah.
Ikuti sambungan Kisah Ummu Sulaim pada siri yang akan datang.. InsyaAllah
sumber : http://pembinaperlis.wordpress.com/azzahra/