Akidah seorang muslim meyakini bahawa tidak ada agama lain yang benar melainkan Islam. Ini dikatakan sendiri oleh Allah dalam Al-Quran,
“Innaddeena indallahil Islam”. Sesungguhnya, agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam” (Ali-Imran: 9).
Walaupun hanya Islam agama yang benar, Allah tak pernah menyuruh umat Islam membenci dan menzalimi penganut agama lain yang tidak mencari gaduh dengan Islam. Allah kata dalam Al-Quran, “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil” (Mumtahanah: 8).
Sekalipun begitu, Allah juga tetap tak pernah membenarkan kebenaran agama-agama lain. Kerana hanya Islam agama yang benar. Allah berkata dalam Al-Quran, “Dan mereka menyembah selain Allah apa yang tidak memberi manfaat kepada mereka dan tidak (pula) memberi (mudarat) kepada mereka.” (Al-Furqan: 55)
Allah juga mengingatkan bahawa bukan semua orang kafir itu orang kafir yang tidak mencari gaduh dengan Islam. Kebanyakan antara mereka adalah golongan yahudi dan nasrani yang sentiasa bermusuhan dengan Islam dan terus menerus dalam agenda menjatuhkan Islam. Allah kata dalam Al-Quran,
“Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani (kristian) tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka” ( Al-Baqarah:120)
Mereka yang memerangi Islam wajib diperangi, kerana Allah kata,
“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi) kecuali terhadap orang-orang yang zalim (Al-Baqarah: 193)”
Umat Islam tidak perlu takut untuk menyatakan yang hak dan menegakkan Islam mahupun menjadi apologetik terhadap orang kafir. Secara logiknya, pasti apa yang diperjuangkan Islam itu tidak akan disukai oleh mereka. Allah mengingatkan kepada kita dalam Al-Quran,
” Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepadaNya meskipun orang-orang kafir tidak menyukainya” (Ghafir: 40)
Tuntutan ini tidak bermakna Allah suruh kita menzalimi mereka. Ia bukan kezaliman apabila kita menunaikan perintah Allah dan mempertahankan Islam daripada diserang oleh pihak kafir. Sebaliknya, merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.
Seruan Allah agar kita memerangi orang yang memusuhi Islam langsung tidak bercanggah dengan lagi satu ayat Allah yang mengatakan bahawa Islam itu Rahmat bagi sekalian alam.
Islam itu rahmat bagi sekalian alam HANYA APABILA Islam ditegakkan dengan sempurna, dalam diri individu muslim, masyarakat muslim dan negara Islam. Maka bila penegakkan Islam berlaku secara sempurna , seluruh alam akan dapat rahmatnya, tidak kira muslim atau kafir.
Islam BUKAN rahmatan lil alamin bilamana kita menyorokkan seruan agama dan bertindak seperti pengecut bila Islam diserang atas alasan ‘nak menjaga hati’, ‘moga-moga bila kita berkasih sayang dengan mereka (pihak yang mnghina dan melawan islam) dan membenarkan mereka buat apa mereka kehendaki, mereka akan lembut hati dan berminat nak masuk Islam’.
Logiknya, bagaimana orang kafir boleh tertarik dengan Islam kalau Islam itu kelihatan lemah, kelihatan tidak mengapa andai dipijak-pijak, dan tidak dihidupkan initipati ciri-ciri keislaman dalam diri para penganutnya serta di peringkat negara?
Oleh itu umat Islam haruslah mampu membezakan antara membuat dakwah kepada orang kafir yang tidak memusuhi Islam dan berpotensi menjadi seorang muslim, dengan orang kafir yang nyata bergerak dalam organisasi tersusun untuk menjatuhkan Islam dan menghilangkan sisa-sisa Islam di negara ini.
Umat Islam di Malaysia harus belajar memahami Al-Quran secara menyeluruh, dan mempelajari sirah Rasulullah secara menyeluruh untuk memahami tuntutan menegakkan dan memperjuangkan agama Allah atas muka bumi ini, terutama dalam keadaan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.
Madinah sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, namun itu langsung tidak menghalang nabi untuk mengakkan Islam di Madinah, menggunakan perlembagaan berasaskan Islam serta mendapat kerjasama dan persetujuan orang kafir di Madinah untuk tunduk pada undang-undang yang mentadbir Madinah.
Kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia tidak patut menjadi penghalang bagi kita menegakkan sistem negara Islam yang syumul di tanah air kita yang tercinta ini. Hanya apabila Islam ditegakkan dengan sempurna, ia mampu dirasai kehebatan dan keadilannya oleh orang-orang yang bukan Islam. Dan pada ketika itu, anda akan saksikan orang-orang kafir masuk Islam secara beramai-ramai kerana terkesan dengan keindahan Islam. Inilah sifat Islam yang rahmatan lil alamin, dalam kefahaman yang sebenar.
Sehingga mana Islam tidak ditegakkan dengan sempurna dalam individu muslim, masyarakat muslim dan diperingkat negara, selagi itu ia menjadi kewajipan untuk umat Islam terus berjuang menyampaikan dakwah Islam kepada semua, berusaha menyempurnakan undang-undang negara mengikut undang-undang yang telah Allah tetapkan serta berkeras dengan musuh-musuh Islam yang sentiasa berusaha untuk memadam cahaya agama Allah.
Marilah, wahai umat Islam sekalian. Bersatulah, dan bertekadlah untuk menjaga agama Allah ini dengan sebaiknya. Islam mesti ditegakkan dengan sempurna di Malaysia, kerana Malaysia Negara Islam, dan Islam Rahmat bagi sekalian alam.
Hanan binti Othman
Jawatankuasa Latihan dan Kepimpin PEMBINA