Perjuangan pemuda Islam

um

KUALA LUMPUR, 7 Dis – “Perjuangan pemuda dengan iman kita yang benar-benar solid dan pembentukan yang benar-benar tersusun serta amal yang konsisten.

“Antara ciri-ciri seorang pemuda ialah berdaya kuat, diberi petunjuk oleh Allah dan hati yang beriman kepadaNya”, kata Ustaz Muawwidz Al-Ansori semasa program ‘Gathering of Awesome Leaders’ (GOAL) semalam.

“Saat kita sujud pada Allah, kita sujud sebagai seorang yang merdeka daripada sebarang perhambaan melainkan kepada Allah”, ujarnya yang juga seorang penyanyi nasyid kumpulan Fetya.

Menurut beliau, pendekatan dakwah yang terbaik pada zaman ini adalah jiwa-jiwa yang membenarkan kata-katanya melalui akhlak yang mulia, bukan sekadar kata-kata kosong yang tidak memberi makna yang bermanfaat untuk Islam.

“Islam datang kepada kita adalah untuk menghapuskan anasir dari perhambaan kepada manusia, kepada perhambaan yang sejati kepada Tuhan Robbul Izzati”, ujarnya apabila diajukan soalan mengenai erti sujud merdeka.

GOAL merupakan program yang julung kali diadakan oleh Persatuan Belia Islam Nasional Universiti Malaya (PEMBINA UM) sebagai satu wadah interaksi sesama ahli PEMBINA dan siswa siswi di Universiti Malaya.

Program yang bertemakan Sujud Merdeka ini memberi semangat dan sinar baru bagi peserta yang hadir dalam membentuk jati diri muslim ke arah perjuangan Islam yang jitu dan akhlak yang mulia.

Nurul Ain binti Abdullah

Wartawan PEMBINA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top