BAGAN LALANG, 8 Dis – Perhimpunan Pimpinan PEMBINA (PIMPIN) 2014 anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang berlangsung selama 3 hari telah dijalankan dengan jayanya.
Program yang berakhir semalam diadakan di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang dan dihadiri seramai 43 orang peserta terdiri daripada Pengerusi Cawangan, Ketua Beliawanis dan Jawatankuasa Pusat PEMBINA seluruh Malaysia.
Program PIMPIN kali ini dijalankan untuk membincangkan pencapaian tahun 2014, disamping latihan pemantapan pengurusan organisasi yang boleh dilakukan oleh PEMBINA di setiap cawangan.
“Program PIMPIN yang saya sertai kali ini membantu saya dalam memajukan lagi organisasi PEMBINA di kawasan saya,” kata wakil Pengerusi cawangan PEMBINA Kuantan, Encik Afiq Abdul Jamil.
“Program PIMPIN kali ini yang saya lalui memberi peluang saya untuk bertukar pandangan dan berkongsi gerak kerja bersama pengerusi cawangan dan ketua beliawanis cawangan lain serta mendapat pendapat dan nasihat dari JKP dalam membentuk struktur pengurusan yang lebih baik untuk dilaksanakan di peringkat cawangan,” kata Ketua Beliawanis cawangan Samarahan, Cik Syarifah Hasnah Mohamad.
Di samping itu, program PIMPIN kali ini dapat memberi fokus kepada peserta dalam misi utama PEMBINA.
โProgram PIMPIN membincangkan kali ini lebih membincangkan tentang hala tuju dalam mengembalikan jati diri islam mahasiswa dalam misi utama PEMBINA untuk meneraju arus mahasiswa,โ ujar Cik Mariam Malek, Ketua Beliawanis cawangan Bangi.
Mohd Haziqq Mohd Isa
Wartawan PEMBINA