20 Ahli PEMBINA di USIM Cemerlang dalam Peperiksaan

NILAI, 5 Mac – Seramai 20 orang ahli PEMBINA di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang dan merangkul anugerah dekan bagi fakulti masing-masing. Mereka turut diraikan sempena Malam Aspirasi PEMBINA anjuran PEMBINA Nilai pada Jumaat lepas.

tahniah anugerah ahli aktif pembina USIM

Selain anugerah kecemerlangan yang diberi nama anugerah Al-Jauzi, PEMBINA Nilai juga turut memberikan anugerah kepada ahli-ahli PEMBINA yang setia dan bergiat aktif dengan persatuan tersebut.

Seramai 5 orang ahli PEMBINA telah menerima anugerah Ahli Aktif yang terdiri daripada tiga orang mahasiwa dan dua orang mahasiswi. Muhammmad Firdaus bin Mohd Zain, Muhammad Azri bin Zainuddin dan Muhammdah Faishal bin Norjeli merangkul anugerah Ahli Aktif bagi kategori mahasiswa. Manakala Alif Hayaty binti Alias dan Hanis Mardiah binti Che Hamzah merupakan penerima anugerah Ahli Aktif bagi Mahasiswi.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi PEMBINA Cawangan Negeri Sembilan serta ahli-ahli PEMBINA Nilai seramai hampir 80 orang.

malam aspirasi pembina usim terkini

Majlis Aspirasi PEMBINA pada malam tersebut merupakan majlis yang julung kalinya diadakan sepanjang penubuhan persatuan ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah dikalangan ahli PEMBINA sendiri yang rata-rata terdiri daripada kalangan pelajar Tamhidi dan Ijazah Sarjana Muda daripada pelbagai bidang dan kursus pengajian.

PEMBINA Nilai juga mengucapkan tahniah diatas kejayaan yang diraih sepanjang penglibatan ahli PEMBINA selama ini dan kecemerlangan yang diperolehi dalam peperiksaan semester yang lepas.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top