PEMBINA Sedia Berhadapan Isu Lebih Besar

Jalil Husni Jalil Husni Yahaya, Setiausaha Agung PEMBINA menyifatkan belia mampu memikul tanggungjawab yang lebih besar di mata dunia dengan menjadikan isu  Palestin sebagai satu cara melahirkan sebuah belia yang cemerlang.

 

” PEMBINA atau belia sudah bersedia untuk berhadapan dengan isu yang   lebih besar iaitu kemanusiaan di mana kali ini kita akan mengadakan konvensyen yang bukan sahaja membicarakan tentang Palestin semata- mata tetapi mengungkap kisah dan peranan yang dimainkan oleh Zionis dalam mencatur segala kemusnahan yang berlaku di dunia.” Katanya kepada Media PEMBINA ketika ditemui selepas Program Bersama Pelajar anjuran pelajar perubatan , Universiti Putra Malaysia.

Apabila ditanya berkaitan program terbaru PEMBINA, beliau menjawab PEMBINA dengan kerjasama AMAN Palestin Berhad akan mengadakan konvensyen besar iaitu Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC.

” Program ini  akan dihadiri oleh pakar dalam bidang Palestin antaranya Dr. Azzam Al-Tamimi, Dr Mohsen Bin Salleh dan Dr. Roslan Bin Mohd Nor. Peserta yang hadir dijangka melebihi


3000 orang” Katanya lagi ketika diminta mengulas lanjut.

Media PEMBINA diberitahu bahawa konvensyen ini akan berlangsung pada 9 Mei 2009 dan orang ramai dijemput hadir untuk mengetahui sendiri isu ini dengan lebih mendalam

“Kita akan merungkai peranan yang dimainkan oleh zionis dan mengetahui rahsia kejayaan penduduk Palestin yang berjaya menghancurkan agenda mereka.” Katanya mengakhiri soal jawab.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top