PEMBINA sertai Himpunan Solidariti Selamatkan Aleppo

PEMBINA sertai Himpunan Solidariti Selamatkan Aleppo

KUALA LUMPUR, 16 Dis – PEMBINA telah berhimpun di hadapan kedutaan Rusia petang pada jam 2.30 untuk demonstrasi aman mengutuk tindakan Kerajaan Rusia membedil rakyat Syria di Aleppo.

Menurut JK Penerangan PEMBINA, Saudara Aiman Faudzi, himpunan ini bertujuan untuk membantah kekejaman Rusia ke atas rakyat Syria lantaran serangan pembunuhan orang awam Aleppo besar-besaran. “Sebagai orang Islam, ini merupakan sebuah tuntutan untuk kita membela saudara se-Islam kita yang sedang merana” katanya lagi.

Memorandum yang membantah tindakan Rusia itu telah diserahkan pada kedutaan. Harapan ialah mereka akan mengambil serius suara-suara rakyat Malaysia terhadap tindakan terkutuk mereka itu.

Himpunan aman ini merupakan anjuran Aman Palestin dengan kerjasama PEMBINA dan ISMA dihadiri hampir 1500 orang dari pelbagai negeri tamat pada jam 3.30 petang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top